Air Mineral Air Kuning

[1]

Hari tu ada orang forwardkan aku email. Bunyinya (aku copy paste sebiji without editing):

Assalamualiakum kengkawan semua…    Ni ader serba sedikit info untuk makluman semua… Masa aku balik kampung hari tu…… ader lah bersembang dengan jiran kat tempat lama aku tu….. Taman KuningSari, Air Kuning, Taiping…. tetiba terkeluar citer pasal mineral water seperti jenama diatas…. Untuk pengetahuan semua….. kilang proses mineral water ni kat dalam Taman Mas Kuning, Air Kuning, Taiping. Jenama ni tak dijual dalam kawasan Taiping…. semuanya dieksport keluar dari kawasan Taiping… pasal kalau dia jual kat area Taiping… comfirm tak laku… siap orang2 kat sana buang dalam longkang jer… nak tau kenapa….

Air mineral tu memang dia sedut dari punca mata air kat bawah tanah….. tapi masalahnya….. air bawah tanah yg disedut sebelum diproses tu terletak di satu kawasan bukit……. nak tau apa ader atas bukit tu……

Atas bukit tu ada satu kawasan perkuburan cina yg besar….. mata air yg diaorang dok sedut tu lak…betul2 kat bawah bukit tu…. so… maksudnya… walaupun telah diproses tapi kebersihannya tak pastilah…..

Perkara ni dah direport pada pihak2 berkenaan… tapi duit punya hal… semua tutup mulut……..

So…kalau nak percaya atau tak, terpulang…aku hanya memberitahu……… aku memang dah pergi ke area kilang tu…… memang betul lah kat area blakang kilang tu ada jirat cina….. so… kalau nak minum mineral water tu pastikan label pembekalnya bukan dari air kuning, taiping……

Harap maklum….

[2]
Yg itu adalah kali kedua atau ketiga aku dpt, tapi hari tu for the first time aku reply. Yg forwardkan ni sorg kawan kerja aku dan of course dia dpt email tu pun entah dah forward yg kali ke berapa entah drpd org lain. So aku pun tulis kat dia:

Soalan:

1. Kalau kat atas sumber air tu, kubur Melayu dan bukan kubur Cina ok tak?

2. Kalau katakan kat atas tu takde kubur, tapi ada longkang ke, tandas ke, ok tak?

Sbbnya saya tanya, sbb artikel ni sounds suspicious. Bukannya nak kata dia bohong, tapi it has to prove it is correct. Otherwise anyone can say anything. One ayat in surah al-Hujurat suruh kita check dulu kebenaran any berita yg kita terima sblum buat tindakan (or sebelum fwd pd org), takut2 kita akan mendatangkan mudarat pd org lain tanpa hak.

Point lain:

3. Legally, air-air ni kena meet some strict regulation & standard sblum dibenarkan utk dipasarkan.

4. Islamically, even if air tu asalnya kotor, but it has undergone changes that its original contaminants are removed, then it is suci and halal. Spt umpama arak jadi cuka. This is the same principle ulama guna bila nak tentukan hukum on food additives, air Newater etc.

The thing is:

5. Penulis kena prove yg every aspect cerita ni betul, ie (i) ‘sumber air dan cerita kubur cina’ (ii) ‘perkara dah direport tapi diorg tutup mulut’

6. Dan even if the above is correct or proven, one has to prove yg air ni tak suci or tak halal utk diguna.

But as I see it, the damage has already been done by this article. Secara tak langsung org akan jadi very cautious bila next time jumpa jenama Cactus or Spritzer, regardless dia datang dr Air Kuning or wherever.

Just my opinion. Thanks for the intention anyway, I’m sure you intended good.. :)

Yg takde interest in the mineral water industry whatsoever,
Akram

[3]
Yg lebih menariknya that was not end of the story. Hari tu on the way dr Post Office aku terasa amatlah hausnya. Singgah la kat Petronas station depan Taman Desa Taming Sari, beli mineral water Petronas Mesra 1.5 litre. Dah dok dlm kereta tgh nak minum, ternampaklah label kat botol tu:

Sumber: Air bawah tanah  Jalan Reservoir, Off Jalan Air Kuning, Taiping

Lalu tersenyumlah aku sesorg kat dlm kereta tu, walaupun sikit terkejut. Dgn lafaz bismillah, aku pun minum.

Hari tu air mineral rasanya mcm lebih nyaman drpd biasa…

[4]
Dan mlm ni first time Maryam cakap dgn aku dlm phone. Er, sort of la…

Aku call wife aku just before Maghrib. Maryam pulak ada dekat-dekat dgn dia masa tu, dan start merengek. Agaknya tau ayahnya at the end of the line kot… Wife aku pun bagi la phone kat dia, suruh cakap dgn aku.

Sebelum ni every time kami bagi phone kat dia, nanti dia akan grab phone tu dan belek-belek benda alah tu. Agaknya pelik mcmana benda tu boleh keluar suara. Tadi kata wife aku Maryam dah boleh tiru mcm kita buat, ie biarkan benda tu kat telinga dia.

Dan masa tu aku pun panggil-panggil la nama dia, buat memacam bunyi. Dan Maryam pun utter one single word. Bunyinya lebih kurang: “Hmh..!”

Lalu happy yg amatlah ayahnya masa tu.

ukashah

About these ads

2 thoughts on “Air Mineral Air Kuning

  1. nana

    AKU ADA CERITA,
    ARITU AKU MINTAK AIR SOLAT HAJAT DARI USTAZ…
    TANPA SEGAN SILU AKU BAWAK AIR CACTUS,
    SEKALI USTAZ TU CERITA TENTANG PENGALAMAN DIA…
    ARITU MACAM BIASA DIA DAN KAWAN-KAWAN DIA BERSOLAT HAJAT DAN MEMBACA JUZUK2 AL QURAN PADA AIR SPRITZER… SELEPAS ITU DIA SENTIASA RASA WAS-WAS TANPA DIKETAHUI PUNCANYA… NAK TIDUR PUN RASA WAS-WAS DIA MENJADI-JADI…
    AKHIRNYA DIA DAPAT ALAMAT YANG RUPANYA WAS2 DIA DATANG DARI PUNCA AIR YANG DIA SEMBAHYANGKAN… DIA SURUH KAWANNYA SIASAT, RUPANYA SUMBER AIR CACTUS DAN SPRITZER TU DATANG DARI JIRAT CINA…. DIA SOH AKU TUKAR AIR LAIN…. BILA AKU GOOGLE, RUPANYA MMG DAH KECOH PASAL AIR NI KAT INET.. AKU BERTERIMA KASIH PADA USTAZ TU….
    KESIMPULAN : WALAUPUN AIR TU DAH DI PROSES, TETAPI KALAU BERSUMBERKAN YANG SUBAHAH, BAIK ELAKKKAN…. SEKIAN

    Reply
    1. ukashah Post author

      Terima kasih atas komen saudari.

      Pandangan saya:
      Dlm kisah saudari disebutkan tentang ungkapan spt ‘was-was’ dan ‘dapat alamat’. Islam dibina dgn ayat dan bukti yg nyata, ia tidak dibina dgn cerita-cerita, was-was dan sangkaan-sangkaan. Air tersebut masih tidak dibuktikan bahawa ia haram ataupun tidak suci, jadi menyuruh orang lain mengelakkan air tersebut adalah tidak wajar.

      Saya cadangkan saudari rujuk kpd kitab Dr Yusuf Al-Qaradawi bertajuk ‘Halal dan Haram Di Dlama Islam’, dalam muqaddimahnya yg berbunyi: “Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram sama dengan syirik”.

      Semoga kita lebih berhati-hati dalam menjatuhkan hukum.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s