Undang-undang Hidup

[1]
Menarik jugak apa benda yg kita boleh belajar di highway.

PLUS highway, dari Utara ke Selatan. Somewhere between Seremban/PD punya exit dgn Seremban/Senawang.

Tgh elok memotong satu kereta, perasan pulak dari rear-view mirror satu lagi kereta dari belakang. Laju betul dia approach. Bila dah dekat dia dok betul-betul dekat belakang kereta aku. [Nasib baik dia tak bagi high beam, benci betul aku bila kereta belakang buat mcm tu.]

Aku tengok lagi kat rear-view mirror. Oh.. perempuan rupanya. Dahsyat jugak minah ni, tapi kok ye pun bawak la bersabar sikit.

Habis je potong kereta sebelah aku cepat-cepat masuk lane kiri balik, niatnya nak bagi minah tadi overtake terus.

Tapi..? Tapi minah tu tak jadi potong. Dia pun masuk lane kiri dgn aku, dok belakang aku lagi.

“La, apa ke halnya minah ni? Tadi ye ye no nak potong..?”

Dan soalan aku terjawab seketika kemudian bila aku nampak sesuatu di hadapan. Pondok kecik biru dan putih, atas rumput kat divider. Speed trap.

Beberapa ketika kemudian, bila pondok speed trap tu dah hilang dari pandangan, as almost entirely expected, minah tadi berdesut potong aku balik. Senyum sorang aku kena tinggal…

Interesting, kan? Orang akan ‘berlaku baik’ bila dia tau ada org lain (enforcing authority, police, JPJ etc) tengah perati. Kalau tak, memasing buat la sesuka hati. Ada org kata: “It’s OK to break the rules, as long as you don’t get caught.” Betul ke..?

Cumanya, kalaulah kita tahu, bahawa sesungguhnya ada yg sentiasa memerhati kita. Waktu siang atau malam, cerah atau gelap, terang atau sembunyi. Without fail. Bukan senang sebenarnya ya nak rasa bahawa kita sentiasa di bawah pemerhatian dan pengawasan. Inilah yg dipanggil muraqabah, suatu mujahadah sebenarnya utk mencapainya.

Kita takut atau segan bila org perati kita, sedangkan pd yg Maha Memerhati? They see, but He is All-Seeing.

Dan masih selalu pulak kita langgar UNDANG-UNDANG HIDUP ni.

ukashah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s