Perempuan Part 1

[1]
Dlm deal dgn org – RAMAI org – sedar tak sedar pengalaman / pemerhatian / kefahaman mengubah sifat kita.

Dgn kontraktor pun sama, mcm-mcm kerenah aku jumpa. Especially bila nak mengisi work permit. Nak kata tak pernah tulis, dah beratus-ratus kali diorg tulis. Tapi everyday mesti ada yg tak complete. Rules and procedure tu bukannya utk aku, tapi utk keselamatan diorg jugak.

Memula tu, mmg aku tegur atau marah directly. Mana tak marah, kalau diorg teliti sikit dlm mengisi permit tu, diorg dah save some of my time, their time and other people’s time.

Tapi dah sehari dua kebelakangan ni, aku rasa mcm dah tak larat nak marah-marah lagi dah. Kalau aku jumpa lagi permit mcm tu, aku tak bersuara lagi dah. Aku senyum, aku geleng-geleng kepala. Dan aku tunjuk dgn pen aku kat mana kat permit tu yg tak kena kat org yg apply tu, dia akan faham. Nak marah banyak kali pun tak guna. Dia manusia mcm aku jugak. Akan ada masa kita AKAN lupa dan lalai.

Sama lah, kat benda lain dan kat org lain lepas ni, aku akan try nak buat mcm tu. DIAM, SENYUM, GELENG KEPALA. Kalau ada benda lain yg aku tak suka, ada kata dan tulis yg aku tak boleh terima, ada perbuatan yg aku tak rela, sebelum aku buat apa-apa aku akan diam, senyum dan geleng kepala…

[2]
Abg Zuber tanya aku: Dlm banyak-banyak benda yg aku cerita kat homepage aku dan monolog aku, ada satu benda yg dia rasa kurang atau ‘hilang’. Seolah-olah aku sengaja tak cerita, nak rahsiakan atas sebab-sebab tertentu.

Dan benda tu adalah: PEREMPUAN.

Betul jugak kot. Dlm page dan weblog org lain, selalunya diorg akan cerita pasal girl/boyfriend memasing. Pasal ‘the significant other’.

Terpulanglah, diorg mesti ada reason kenapa diorg cerita. Tak apalah.

Not to be denial, aku mmg akui yg org perempuan ada banyak influence dlm hidup aku. Dan selanjutnya membentuk sebahagian drpd apa diri aku sebenarnya sekarang.

Dr masa ke semasa, mungkin elok kalau aku remind diri aku, akan peranan kaum hawa dlm mencorak dan mewarnakan hidup aku, utk aku appreciate dan ambil iktibar…

[3]
‘EMAK’. Agaknya perkataan pertama yg aku pernah tuturkan. Dan sentuhan pertama yg pernah aku rasakan.

Masa kecik mmg aku tak appreciate apa peranan Emak aku.

Aku tak sedar, Emak akan sentiasa ada bila aku nakkan dia. Bila seluar sekolah aku koyak kat lutut pasal main lompat getah, Emak la yg akan jahitkan balik. Bila ada kayu selumba termasuk kat jari aku (boleh terbayang lagi bisanya), Emak la yg akan cabutkan. Bila aku demam atau aku sakit perut, Emak la yg akan carikan ubat dan telefon cikgu sekolah aku.

Of course aku tak boleh appreciate masa tu, aku masih kecik. But, is that an excuse? Utk aku tak cuba gembirakan hati Emak sekarang? Utk aku tak maafkan segala kekurangannya dan appreciate kelebihannya?

Masa kecik, agaknya bila aku menangis (atas apa sebab sekalipun), aku mesti expect Emak utk datang dan selesaikan apa masalah yg buat aku menangis.

Dan Emak pun pernah buat aku menangis. Pernah aku dirotan pasal tak jaga adik aku masa Emak tengah sembahyang. Sampai jatuh katil adik aku, entah apa aku buat masa tu pun aku tak ingat. Emak rotan aku, yg tu aku ingat. Actually tak sakit, tapi aku menangis jugak. Agaknya pasal tak sangka Emak yg sayangkan kita akan rotan kita. Agaknya pasal aku menyesal tak jaga adik aku betul-betul tadi.

Tapi adakah ni jadi sebab utk aku boleh lukakan hati Emak bila aku dah besar? Bila mulut dah petah dan badan dah gagah?

Hm, tak apalah. Yg sudah tu sudah. Sedar tak sedar, org perempuan – no, in fact org – yg paling besar influence dia kat hidup aku adalah Emak. Aku cakap apa benda yg aku nak buat utk Emak lepas ni pun taklah berguna sangat. Aku tak payah cakap, baik aku BUAT.

ukashah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s