Perempuan Part 2

[1]
Adik aku Ilyana cerita pasal dia dgn kekawan dia kat APIUM pernah dibagitau oleh sorang kawan pasal something yg agak ‘lain’. Mcm-mcm kawan tu cakap, about apa yg diorg belajar adalah berbeza dgn apa dia fahami.

Satu contoh yg dia bagi, adalah pasal konsep tauhid yg kita selalu diajar. Katanya, konsep Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma’ Was-Sifat yg kita tahu, adalah bukan drpd apa yg diajarkan oleh Rasulullah (s), sedangkan baginda (s) menekankan konsep keesaan Tuhan.

At this point aku teringat pulak pasal Sifat 20 yg kita kat M’sia selalu diajar. Panjang adik aku cerita lagi.

Menarik. Bila dah sudah, aku cakap balik kat adik aku:

“Mmg betul Rasulullah (s) tak pernah sebut pasal Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma’ Was-Sifat secara zahir, sbgmana jugak dlm Islam itu terdapat bidang fiqh, aqidah, pengajian sejarah dsb. Tapi Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma’ Was-Sifat lahir bila ulama’ Islam kemudiannya mendalami dan mengkaji bidang aqidah dgn lebih mendalam. Benda tu bukan lahir ikut suka diorg je, tapi drpd Al-Qur’an dan Al-Sunnah jugak. Kalau tak, sedangkan Allah menceritakan diriNya dgn tiga sifat berbeza – rabb, ilaah dan malik dlm surah Al-Nas. Dan Asma’ Was-Sifat pulak drpd nama-nama dan sifat-sifat yg Allah sebut perihal diriNya dlm Al-Qur’an, dan drpd hadith berkenaan 99 nama Allah…”

Tak tau la menjawab masalah adik aku ke tak. Tapi dia diam tu ok la kot.

[2]
Agaknya org perempuan yg kedua banyak influence dlm hidup aku adalah dua adik perempuan aku.

Masa kecik-kecik aku baik jugak dgn Yasmin. Kalau Emak suruh pegi kedai kat salah sorang drpd aku dgn Yasmin, mesti dua-dua akan pergi sekali. Pergi cari durian kat kebun pun sekali, pergi buang sampah pun sekali, pergi jalan pusing-pusing kat kampung pun sekali. Pernah sekali tu basikal yg kitorg naik langgar motor org tgh park kat tepi jalan sampai jatuh motor tu, dan kitorg buat tak tau. Aa.. ini contoh anak-anak nakal.

Bila dia ke sekolah menengah, aku tengok dia banyak berubah. Kpd yg positif maksudnya, kepada Islam. Pd aku dia adalah ahli keluarga yg paling awal dan paling banyak berubah, dan dlm diam aku cemburukan perubahan tu. Sebahagian perubahan tu aku tengok mengesani org lain, especially Emak dan adik-adik kitorg yg lebih kecik. Alhamdulillah, dia telah berubah kpd yg baik, dan.. Ah, aku jugak yg lambat utk menerima kebenaran.

Ilyana pulak, rapat jugak dgn aku, tapi dlm bentuk berbeza. Pasal jarak umur kitorg jauh, dia lebih anggap aku sbg someone utk dia mengadu dan cerita masalah. So everytime dia balik sekolah, everytime tu lah dia akan cerita apa yg berlaku hari tu. Cerita pasal dia gaduh dgn kawan baik dia lah, pasal classmates dia tidur kat kelas lah, pasal dia main pingpong wakil sekolah lah… Yg buruk dan yg baik, yg suka dan yg duka, semua dia cerita.

Dan sampai sekarang dia masih mcm ni.

Kekadang masa dia cerita tu terlintas jugak dlm hati: “Amboi, panjangnya la cerita makcik ni…” Tapi sekarang aku rasa aku dpt appreciate apa yg Ilyana buat. Yg paling penting adalah: Aku rasa aku lebih banyak belajar mengenai perempuan dan sifat-sifatnya melalui Ilyana. Aku mula faham, sedikit atau sebanyak, apa sifat semulajadi perempuan, apa yg diorg suka dan tak suka. Kalau Ilyana tak punya sifat mcm ni, mmg jauh utk aku tahu.

Sbb yg lebih memahami perempuan adalah perempuan sendiri.

ukashah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s