Wahai Jiwa Yang Tenang…

[1]
Mlm ni shj kereta aku (dan aku) jalan sejauh 120 km. Esok kerja pulak tu, dan sekarang dekat 1.30 pagi aku masih belum tidur.

[2]
Asalnya dah confirm malam ni ada usrah. Tapi betapa besarnya (the Encompassing, the Ultimate) ketentuan Allah. Just after Maghrib dpt call drpd Cikgu Rashid. ‘Usrah kena batal. Ayah mertua Rosli meninggal petang tadi.’

Innaa lillaahi wainnaa ilaihi raaji`uun.’

‘Akram?’

‘Ye Cikgu.’ Aku reply.

‘Apa kata malam ni kita pergi ziarah Rosli…’

[3]
Dekat Selandar, kata diorg. I have no idea where Selandar is. Cuma pernah dengar aje, apparently Roy punya mertua pun duduk somewhere kat sana. Kami pakat jumpa kat Duyong. Tak lama lepas aku sampai, Abg Hedzir pulak sampai, dgn van dia yg tgh muatkan tiga org.

OK sedang elok la tu. Boleh ramai-ramai naik sekali.

‘Kami nak naik Honda la,’ kata Abg Hedzir, sebelum sempat aku bukak pintu van.

[4]
Dari Duyong aku perati mileage meter aku, yg mmg aku reset everytime aku isi full tank. ‘425’. Fuel gauge tunjuk about quarter. Cukup kot, dlm hati aku. Wherever Selandar is, agaknya tak la jauh sgt kot.

Kami singgah Jasin, ambik Cikgu Kassim. 5 org dlm kereta.

Lepas Jasin kami jalan lagi. Dah dekat 45 minit drive. Kalau kat Melaka ni lama tu punya drive kira agak jauh ni. Kiri-kanan ladang kelapa sawit. And that is about all. Sunyi betul jalan ni. Mujur Abg Hedzir, Abg Rosli dgn Cikgu Rashid tak putus borak, ketawa sekali-sekala.

Yg agak risau satu je kat kepala aku. Kat tempat ni ada ke stesen minyak? Aku glance ke fuel gauge. Ada la kurang sikit dari 1/8. Ya Allah, aku bertawakkal shj.

[5]
Dlm sejam jugak, baru la sampai. Nama tempat tu Felda Bukit Senggeh.

Apparently janazah dah siap utk dikebumi. Kami ikut ke tanah perkuburan. Jam dah lebih 11 malam.

Bila aku sampai betul-betul tepi lubang kubur yg dah siap, aku baru perasan something. Yg ini adalah kali pertama aku sendiri tengok satu pengkebumian. Agak terkejut jugak, such realisation. Where have I been all this time?

[6]
Baru la dpt jumpa Abg Rosli. Sambil sambut tangan aku dia senyum. Dan kemudian dia tolong turunkan jenazah, dan kebumikan.

Jugak kali pertama aku actually perhatikan talqin dibacakan. At this moment, don’t mind what is being said about talqin for the deceased. Or what I think relates to the talqin. At this moment I need to see what it actually is.

Bila dah sudah aku cari Abg Rosli. Dia salam sekali lagi, dan senyum. ‘Jazakallah,’ katanya. Aku senyum balik.

Dan masa tu aku nampak setitis atau dua air matanya berlinangan.

[7]
Betapa kita milik Allah. Betapa jasad dan jiwa ini tak mampu, tak punya kuasa utk menentukan adakah ia akan melihat fajar esok hari. Betapa ia tak tahu, yg ia pada bila-bila masa akan dipanggil utk bertemu Penciptanya, dgn hak dan ketentuan.

[8]
Aku tak refill pun. Probably kat pekan Selandar atau Jasin ada stesen minyak, tapi melihatkan gauge tu maintain je slightly above ‘E’ aku boleh agak yg mmg ada quite some amount kat dlm.

Sampai dekat Duyong dekat 1 pagi (mileage reads ‘540’), dan kami belum salat Isya’ lagi. Singgah di satu surau kat situ. Kemudian Abg Hedzir suruh aku jadi imam. Aku toleh kat Cikgu Rashid, dia pun isyaratkan supaya aku ke depan.

Yaa ayyatuha al-nafsu al-mutma’innah. Irji`ii ilaa rabbiki raadiyatan mardiyyah. Fadkhuli fii `ibaadi. Wadkhuli jannatii.’

ukashah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s