Kelahiran Bersejarah

[1]
Hari ini, sejarah bagi aku.

[2]
Dlm dok sibuk settlekan paperwork yg bertimbun kat office aku, dlm pkl 11.30 pagi wife aku call. Sakit dah datang, katanya.

Dia insha Allah ok, Emak dgn Ayah PJ pun ada, boleh tlg hantar ke hospital. Yg aku ni dok tercongok kat Melaka lagi apa halnya. Aku tekad dan aku tawakkal, aku pun jumpa Hashim, boss aku. “Kalau tak lahir nanti, kira saya ambik cuti tahun la,” aku cakap. Hashim mcm biasa, mmg understanding.

[3]
Tak lama lepas tu aku dah kat highway. Fikiran ada tendency utk tak tentu arah, tapi hati aku cuba tenangkan. Aku bawak mmg tak lebih 120 km/h, walaupun senang-senang aje nak lagi laju. La ni Kancil-kancil dan Wira-wira yg dok going in and out weaving thru the traffic, mmg betul-betul menguji. Kalau ikutkan hati la…

[4]
Dlm 1.30 Ayah call, dia kata Ainil dah masuk labour room. Alamak, aku dah gelabah. La ni aku baru sampai Nilai. Tapi Ayah pesan bertenang, tak perlu nak cepat. Hm, mmg tak cepat pun ni. Kalau cepat…

[5]
Dekat pkl 2 aku sampai Damansara Specialist Hospital, cepat-cepat aku cari Labour Room. Emak, Mak Su dah kat koridor. Aku masuk ke Labour Room utk dptkan wife aku.

[6]
Qudrat dan Ayat Allah di mana-mana, bagi yg melihat. Di dlm KitabNya, dlm kejadian alam dan makhlukNya, manifestasiNya merata.

Tapi bagi aku petang tu QudratNya terpancar di bilik kecik, yg di dlmnya aku turut bersama.

[7]
Dlm mengalami kelahiran tu, tiga benda terlintas di hati aku:

1. Betapa besarnya kekuasaan Allah. Bagaimana bayi yg selama ni duduk diam di dlm rahim ibunya, kini pd suatu waktu dan ketika, mencari jalan keluar. Bagaimana, dgn tahap akalnya, ia tahu jalan mana ia perlu lalui. Siapa yg mengilhamkannya? SIAPA? Kalaulah manusia berfikir…

2. Betapa belas dan kasihnya aku kpd isteri aku waktu tu. Not to mention tanggungan dan kepayahan yg dilaluinya selama 9 bulan yg lalu, kini ujian yg yet lebih berat di depan mata. Masa inilah aku rasakan kekesalan pd saat-saat yg mana aku pula menjadi ‘ujian’ baginya, hampir-hampir shj aku nak mintak maaf pdnya masa tu jugak.

3. Dan betapa mulianya Emak aku. Inilah juga penderitaan yg pernah dia lalui. Bukan sekali, tapi enam kali. Sepanjang-panjang itulah dia menanggungnya, dan tak sekali pun dia mengeluh. Kalaulah kami tahu, sekali pun kami tak terlintas nak buat something yg against kehendaknya, apatah lagi meninggikan suara, apatah lagi even berkata ‘Tidak’.

[8]
Jam 1540 anak aku lahir. Tak tergambar gembiranya aku bila segalanya selesai, both wife aku dan anak aku sihat. Tak dpt nak sorok perasaan aku, depan-depan Dr Maziah dgn nursenya tu jugak aku cium dahi wife aku. Allahu akbar!

[9]

Allahu akbar! Alhmdu lillah, kami baru dikurnia baby girl pd 1540 hari ni waktu msia. jzkllah atas doa.”

Aku hantar kat sesapa je yg ada dlm address book hp aku, the first one being Yasmin kat UK, utk dia sampaikan kpd Emak. Mesti Emak happy, walaupun dia takde kat sini utk tengok cucu nombor 3 nya. Extra seronok aku bila membayangkan yg Emak turut seronok.

[10]
Thanks yg amat kpd yg hantar best wish sms pd aku hari tu:

Rozalli, Man J, Johan, Nazri, Cikgu Rashid, Ust Hisham, Puteh, Azmil, Izham, Amyzza, Saiful, Niena, Hazlin, Siti Fatimah, Dazirman, Lyana, Zam, Omar, Nazri, Rosli, Norazmi, Ust Ahmad, Cigku Aziz, Tapa, Irwan, Zainuddin, Bik, Adik Lina, Daud

ukashah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s