A Small Decision

[1]
Alhamdulillah, at last dapat jugak aku lepaskan diri dr satu potential burden. Selepas lebih kurang 2 minggu aku dok fikir, dok tanya pendapat org. Hopefully this is the correct decision.

Ini bukan ingin melepaskan diri dari satu tanggungjawab, harapnya org yg mengharap pd aku akan faham. Tapi ini adalah satu-satunya cara utk aku tak mengabaikan tanggungjawab yg lain. Memasing ada hak ke atas aku, yg kemudian hari akan dituntut drpd aku. More or less, aku tahu limitation diri aku.

[2]
Dua minggu lepas aku dpt phone call: “Akram, En. Nawawi nak jumpa. 8.30 esok pagi. Jangan tanya dulu atas sebab apa, just pergi dan dengar what he has to say.”

Sudah, apa ke halnya tetiba Senior Manager HR nak jumpa aku..? Aku ada masalah disiplin ke? Atau masalah dgn bebudak aku ke? Atau ni pasal aku ada berbalah sikit dgn beberapa org dlm e-Community pasal masalah kesufian?

[3]
Rerupanya diorg nak appoint aku jadi Pengerusi Kelab Rekreasi utk sesi 2003-05, kalau aku setuju.

“Kenapa saya?” was the first natural question.

Panjang juga syarahnya. Tapi ringkasnya sebab:

  • Kata En Nawawi dia nak aktiviti Kelab Rekreasi lebih mendapat sambutan org-org kerja shift dan plant, bukan setakat org office hours atau admin. Dan naturally, sebab aku kerja kat plant, I’m a good candidate.
  • Dia kata lagi, dia dah buat some survey drpd org-org plant, siapa org yg diorg nak. Dan apparently nama aku naik. Apparently benda ni diperkuatkan lagi dgn the fact that antara org yg nakkan aku ni adalah org-org yg berpengaruh dlm kalangan worker’s union. At this point aku boleh agak siapa orgnya.
  • Sebab pengerusi yg lama tak dpt sokongan drpd bossnya utk terlibat aktif dgn benda-benda Rekreasi.

Itu tak masuk lagi bab yg benda ni boleh jadi stepping stone utk aku further career aku, build networking, enhance communication and self-projection, etc etc. According to Nawawi lagi.

Dia bagi 3 hari utk aku bagi jawapan…

[4]
… dan aku ambil dekat 2 minggu utk bagi.

First aku tanya wife aku.

Kemudian aku tanya ikhwah. Abg Mi bagi jawapan yg menarik: “Should concentrate on our core work: Da`wah and cari makan.”

Dan the rest aku tanya diri aku. Mmglah sekali fikir benda ni ada menariknya. Basically you are in control of banyak aktiviti rekreasi kat PPM, drpd Mystery Drive sampai ke Joran sampai ke Hari Kanak-kanak sampai ke Kelab Memanah sampai… Probably aku boleh introduce some positive change in the way Kelab Rekreasi works.

Then aku fikir lah pasal those weekends yg aku ada program, waktu malam lepas kerja yg aku kena jumpa ikhwah, those time yg kena fikir dan buat kerja da`wah.

At last aku tetapkan keputusan, dan seterusnya tawakkul.

[5]
Aku decline.

Tapi aku bagitau dgn cara yg moleklah. Mintak-mintak tak ada la org yg mengharap tu kecik hati.

Diorg offer aku pulak as the 2nd man, if not the Pengerusi. Pun aku decline.

Alhamdulillah, after some time aku dpt convince dua org yg aku made the right decision.

Aku cakap dgn C (org union yg aku agak antara org yg highlight nama aku kat Nawawi). Last-last baru dia admit yg aku probably buat correct decision.

Dan hari ni baru Nawawi pun agree dgn keputusan aku.

Ah, life has to go on.

ukashah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s