Sejarah Setahun Lalu

[1]
Oh ya. Hari ni our 1st anniversary. Wife aku yg lebih dulu ucap ‘happy anniversary’ drpd aku. Good thing jatuh pd hari Sabtu.

[2]
Aku belum pernah cerita lagi sebenarnya what actually happen exactly a year ago, probably ada org yg nak tau. Mgkin sedang elok la ni aku cerita semasa hari anniversary. Tapi tak yah detail sgt la kot ye.

[3]
31 May 2002: Hari Jumaat. Aqad dibuat kat Masjid al-Mujahidin SS21 (area Uptown la tu) lepas salat Jumaat. Muka tok imam sgtlah familiar. Bukan dia pun yg nikahkan, tapi ayah mertua aku. Seriously aku tak lah rasa gementar ke apa ke, dlm my mind masa tu just nak get this thing over with, hopefully semua ok. Tok imam baca khutbah sikit, dah tu ayah mertua aku offer the aqad dan aku sambut. Alhamdulillah lepas sekali try. Elok, tak payah ulang, tak payah perabis beras kata org.

Dah sudah aku salam tok imam, dah somebody prompted aku utk pergi salam dgn org lain. Sebelum ni ada org cakap yg the first aku patut salam lepas tok imam adalah emak mertua aku. Ada pulak org lain yg kata ayah mertua aku.

Without doubt, ada someone yg aku lebih patut jumpa, salam, cium, mintak ampun dan restunya lebih drpd org lain — Emak aku.

[4]
1 Jun 2002: Walimah kat tempat perempuan. Kami buat kat Sri Damansara Club. Our plan takde la nak sgt something yg agak exclusive mcm ni, tapi dah keluarga belah perempuan yg insist. Special guest ada sepasag Datuk dgn Datin, aku pun lupa apa nama diorg atau siapa diorg.

Kami awal-awal dah cakap dgn family kami: Tak ada sanding! Dan memang tak ada sanding. Ada pun upacara potong kek. Dan jugak entah siapa punya idea entah pengantin lelaki rerupanya kena jawab pantun! Kok ye pun bagitau la in advance..! Diorg nak test aku kat depan 200 org guest tu kot samaada aku ni betul-betul Melayu kot…

[Unfortunately aku ni Jawa hehe…]

Diorg ‘jual’ dlm 10 rangkap pantun, which various guests kena baca pantun jualan. Dah tu MC bagitau aku ada masa 5 minit, aku kena jawab dgn at least satu rangkap pantun.

Aku jawab 3.

Kat high table tu kemudian Datin bisik kat aku: “Pandai you berpantun ya!” Aku jawab: “Sikit-sikit boleh la Datin…”

[5]
9 Jun 2002: Hari ni walimah kat rumah aku. In fact walimah ni dari malam tadi. Since rumah aku kat kampung, walimah buat style kampung lah. Sangat meriah, aku cakap mcm ni bukan sebab ni walimah aku tapi sbb mmg meriah. Pertamanya sangat ramai tetamu yg datang, bayangkan tak putus dr mlm tadi, pagi ni sampai ke maghrib.

Keduanya sebab bukan cuma sepasang pengantin disambut, bukan juga dua, tapi TIGA. Abg Akhtar dgn Kak Yus yg baru nikah beberapa bulan lepas, Yasmin dgn Amir yg baru nikah 2 hari lepas, dan aku dgn Ainil.

Ramai tak terkira tetamunya. Turut datang adalah sedara dr Kelantan, Pahang dan Johor. Turut datang adalah ayah angkat kpd Emak yg dah lebih 20 tahun dia tak pernah jumpa, Raden Sunarno (Emak kata dia own something yg ada kaitan dgn penyelenggaraan PLUS..?)

Dan tetamu-tetamu aku. All the way dr Melaka: Zuber, Scorp, Azahari, Bobok, Rosaland, Bik, Ainor, Hawa, Johan, Nazri, Omar & Akhma, Saiful, Fiza, Lin etc. Ikhwah: Abg Sufyan & Kak Azlina, Abg Azman & family, Dr Azmi & family, Aji & Fizi, Mat & Mazni, Abg Aris & Kak Haraimah, Mahad & Zuridah, etc. Friends and colleagues: Tok Zone, Abg Aliff, Bebudak & Roha dari BMC, Izham & family, Fazid (yg aku tak pernah jumpa since 1994!) & family, Tiar & adik-beradiknya, etc. Dan numerous relatives.

Special mention: Lina dgn family yg seumur hidup aku tak pernah jumpa except for two occasions — masa dia kawin dan masa aku pulak kawin. Satu lagi Kak Siti Fatimah Othman yg selama ni aku tak pernah jumpa tapi selalu bagi pandangan dan nasihat kat aku.

Harapnya aku tak lupa akan visit korg. Let this little inscription bear the witness that you have honoured us and that you have wished well for us. May Allah reward you well.

ukashah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s