BBB 17-02-2004

[1]

Assalamu`alaikum warahmatullah..!

Alhamdulillah semalam kita dpt adakan perjumpaan yg ketiga:

Tarikh: 17 Feb 2004 (Selasa)
Masa: 5.45 – 7.00 ptg
Tempat: Surau Al-Nur PPMSB
Kehadiran: Akram, Daniel, Idilfitri, Zul, Kamil

1. Pembukaan

Sesi semalam takde pembukaan khusus, sbb kita nak cover dua topik utama dan perlukan masa lebih (hehe excuse dr fasi… ).

2. ‘Saya Mestilah Muslim Di Sudut Aqidah’ Part II

Kita recap secara seimbas lalu point 1 hingga 10.

Kemudian kita sambung. Sengaja saya lebihkan masa utk bincang point 11. Kata Ust Fathi Yakan dlm hal mengenali Allah: (i) kita hendaklah mengutamakan pandangan ulama salaf, (ii) kita hendaklah TIDAK menjadikan perbezaan pandangan ulama salaf dan ulama khalaf sbg punca perbalahan.

Siapa ulama salaf dan khalaf? By definition yg disebut sbg salaf al-salih (the pious predecessors) adalah golongan terdahulu adalah golongan awal di dlm Islam, banyak yg mendefinisikan sbg golongan tiga kurun selepas Rasulullah (s), ie golongan sahabat, tabi`in, dan tabi` tabi`in. Dan yg khalaf (the successors) basically means yg selepas golongan salaf.

Tapi yg juga dimaksudkan dlm hal ni, adalah pandangan para salaf dlm hal-hal ketuhanan adalah: “Kita beriman dengan ayat-ayat Al-Qur’an dan hadith-hadith sebagaimana ia datang secara zahir, dan meninggalkan penjelasan maksudnya kepada Allah (S).” Maksudnya mereka beriman dgn dalil-dalil yg menyebut tentang istawa Allah di atas `Arash dan di langit, tangan Allah, mata Allah etc, tetapi tidak melakukan ta’wil (memberikan maksud) dan meninggalkan maksud-maksudnya kpd pengetahuan Allah.

Dan golongan khalaf pulak: “Kami beriman bahawa makna-makna lafaz dalil-dalil ini bukanlah dikehendaki secara zahir bahkan ia adalah majaz (sindiran) yg tiada halangan untuk menta’wilkannya”, sebagaimana yg layak dengan kesucian Allah. Contohnya, mereka menta’wilkan ‘wajah’ Allah dengan maksud ‘zat’, ‘tangan’ dengan ‘kekuasaan’ dan sebagainya. Perhatikan bahawa ta’wil-ta’wil ini lari drpd persamaan dgn makhluk, dan ia masih di bawah lingkungan syara`.

Jadi walaupun Ust Fathi Yakan menyuruh kita mengutamakan pandangan salaf, tetapi kita masih meraikan (acknowledge) perbezaan pandangan yg ada antara salaf dan khalaf, kerana kedua-duanya adalah di bawah naungan aqidah ahlu al-sunnah wal-jama`ah. Perhatikan betapa bijaknya pandangan ini yg lebih bertujuan utk menyatu-padukan ummah, dan bukannya utk memecah-belahkan dgn perbezaan pandangan yg syar`i.

Tapi take note ada jugak pandangan yg batil dan keluar drpd aqidah kita, yakni yg mempersamakan sifat-sifat Allah dgn sifat-sifat makhluk (golongan ini digelar Mujassimah). Dan another yg batil adalah yg menolak lafaz-lafaz dan apa yg didalilkan kpd sifat-sifat Allah (yg digelar Jahmiyyah). Panjang ni kalau nak syarah, but anyway kita perlu tahu kewujudan mereka dan menjauhkan diri dr pandangan mereka.

Kemudian kita bincang bahawa pengabdian adalah kpd Allah, dan kpdNya semata-mata. Yakni mesej yg dibawa oleh setiap rasul adalah pengibadatan kpdNya, dan menjauhi taghut. Seterusnya perlu ada perasaan khauf (takut) kpd Allah, ie takut akan kemurkaan dan azab seksa sekiranya engkar akan Dia.

Kita perlu juga sentiasa mengingati Allah, baik di dlm hati mahupun di lidah, ketika senang ataupun susah. Bukan hanya selepas salat ataupun majlis tahlil, tapi di mana-mana, ketika menunggu, ketika memandu etc. Banyak fadilat mengingati Allah disebutkan dlm Qur’an, antaranya ia menenangkan hati (Al-Ra`d: 28) , melembutkan hati yg keras dan meningkatkan iman (Al-Anfal: 2)

Dan seterusnya perlu ada perasaan hubb (cinta) kpd Allah, cinta akan keredaanNya, cinta utk bertemu dgnNya. At the same time Islam mengiktiraf kecintaan kita kpd dunia, kpd keluarga dan harta, selagi mana ia tidak mengatasi cinta kpd Allah (ingat yg saya cerita beberapa pengorbanan besar para sahabat apabila panggilan hijrah itu datang). Dan ingatlah kecintaan ini yg akan melahirkan perasaan halawat al-iman (kemanisan iman).

Juga sbhgian drpd aqidah adalah mempunyai perasaan tawakkal kpd Allah, ie penyerahan total akan natijah sesuatu usaha kpd Allah. Baca elok-elok ye, saya sebut USAHA. Ia perlu seiring dgn tawakkal. Jgn berserah sokmo tapi tak nak buat apa-apa. Sunnatullah adalah natijah akan berlaku dgn sebab. Kalau tak nak kereta kita hilang, kita kena lock, pasang alarm, pasang immobiliser etc. ONLY THEN bila kita tinggalkan ia, kita tinggalkan ia dgn Allah dgn ucapan: “Bismillahi tawakkaltu `ala Allah…

Ingatlah doa yg kita baca masa salat istikharah (masa nak kawin dulu! tapi sepatutnya kita buat juga pd urusan lain, bukan kawin aje..), yg antaranya bermaksud: “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui ada kebaikan perkara ini untukku, maka Kau permudahkanlah jalan untukku kepadanya. Dan sekiranya Engkau mengetahui ada keburukan perkara ini untukku, maka Kau jauhilah aku daripadanya.” That’s why, a true Muslim will not be dissappointed or depressed, setelah dia berusaha dan bertawakkal, regardless of dia dapat atau tidak natijahnya, itulah yg Allah telah decree terbaik utknya.

Then kita bincang ttg syukur. Tak payah elaborate la ni, tinggal buat aje..🙂 Dlm surah Al-Mulk Allah tempelak kita, yg telah dijadikanNya kita, dgn telinga, mata dan hati tetapi: “Hanya sedikit drpd kamu yg bersyukur”. Peringatan utk diri.

Seterusnya sbg org yg lalai dan berdosa, kita perlu selalu meminta ampun dan beristighfar kpdNya. Dialah yg Al-Ghafur (Maha Pengampun) dan Al-Rahim (Maha Pengasih). And lastly, kita perlu ada perasaan muraqabah, ie sentiasa merasakan diri di bawah pengawasan Allah. Baik dlm bising atau dlm sunyi, baik dlm keramaian atau dlm sendiri.    Sebelum tamat, kita recap sekejap maksud aqidah (suatu ikatan kepercayaan dan keimanan) dan maksud tauhid (pengesaan Allah). Habis, tamat sudah bab ‘Saya Mestilah Islam Di Sudut Aqidah’.

Hehe.. panjang juga sinopsis ni, nama aje sinopsis. Tapi takpelah sbb noktah kat sini mmg perlu huraian.

3. Hadith 1

Kemudian kita bincang topik Hadith 1 drpd Hadith 40 Imam Al-Nawawi. Kita tak bincang terlalu panjang lebar sbb ia dah selalu kita dengar, ie kepentingan niat dlm segala amal. Antara noktah penting ialah maksud niat itu sendiri, ie suatu qasad (tujuan) dan iradah (kehendak) hati. Dan kepentingan niat adalah ia membezakan apa yg kita buat tu adakah termasuk dlm kategori adat (kebiasaan) atau ibadah, even though physically ia nampak sama.    Kita bercerita sikit ttg lelaki yg berhijrah bukan kerana Allah dan Al-Rasul (s), tetapi kerana perempuan yg dia nak kawin. Kisah ni turut disebut dlm matan hadith. Perbuatan yg sama, sama-sama menempuh kepayahan jalan beratus km dr Makkah ke Madinah, tapi ganjarannya berbeza pd pandangan Allah. Memasing akan dpt apa yg ia niatkan. Kalau hijrahnya kerana perempuan, maka insha Allah dia akan dpt perempuan. Kalau hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ganjaran Allahlah yg terbaik.

Niat ini juga berkait rapat dgn keikhlasan. Hatta Nabi Muhammad (s) yg ma`sum (terpelihara drpd dosa) itupun masih sentiasa kuat beribadat dlm hidupnya sampai bengkak-bengkak kaki, dan bila ditanya dia menjawab: “Tidakkah aku ingin menjadi hamba yang bersyukur?”

Pentingnya kedudukan niat ini sehingga ulama sepakat meletakkan ia sbg rukun dlm setiap ibadah, salat, puasa, zakat etc. Dan yg dimaksudkan oleh niat di sini ialah lintasan qasad di dlm hati tu, bukannya lafaz niat yg kita baca kuat-kuat.

Kita bincang apa yg Shaikh Ibnu Uthaimin (rahimahu Allah) maksudkan dgn, syarat setiap ibadah adalah: (i) niat, dan (ii) ittiba` (cara yg syar`i dan menurut sunnah Rasul). Perlu ada kedua-dua, tak boleh hanya salah satu. Kalau perbuatannya betul tapi niatnya salah tak kena (eg hadir salat selalu kat saf depan tapi dgn tujuan menunjuk-nunjuk). Kalau niatnya betul tapi perbuatannya salah pun tak kena jugak (eg ‘konsert amal’, yg tujuannya baik, nak sumbang pd anak yatim org cacat etc, tapi caranya tak menurut syara` eg artis perempuan, dedah sana sini, audiennya campur lelaki perempuan, salat entah ke mana…).

Then kita sebut antara perkara yg boleh merosakkan amal adalah riya’, ie melakukan sesuatu utk diperlihatkan. Kita mention sikit apa perbezaan antara riya’ dan kibr/takabbur dan `ujub.

Habis lebih kurang, hadith pertama! Wallahu a`lam.

4. Penutup

Next seating insha Allah Rabu depan (25 Feb). Kita akan bincang Hadith 2 pulak, dan kalau sempat topik 2 drpd ‘Apa Ertinya…’, ie bab Ibadah.

Minta maaf, terpanjang pulak sinopsis kali ni. Hopefully ada manfaat, kpd yg tak dpt hadir (kesian kat Fahmi, kena kerja pulak semalam ye.. ). Dan kpd yg hadir pun – Daniel, Fitri, Zul, Kamil – boleh jadi bahan ulangkaji. Thanks for the participation semalam!

ukashah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s