Pada Anak

[1]
Kata Al-Imam Al-Shafi`i: “Bahawa seseorang yang diuji dengan segala yang Allah larang, selain shirik, adalah lebih baik baginya daripada ia melihat ilmu kalam.”

Kata Al-Imam Ahmad: “Ahl al-kalam (people of theological rhetoric) tidak sekali-kali akan hidup senang. Dan jangan engkau melihat seorang yang mengambil ilmu kalam melainkan di dalam hatinya keinginan untuk berbuat jahat.”

Kata Ibnu `Abdil Barr: “Ahlul fiqh dan athar di pelbagai pekan dan bandar telah sepakat bahawa ahlul kalam adalah ahlul bid`ah wal-zaigh (people of innovation and deviation).”

But some people will never, never listen and learn. And they will ever, ever argue.

May Allah grant us the wisdom to prioritise our time for something else more beneficial to the religion.

[2]
Aku rasa rindu sgt kat anak aku.

Dan saat yg paling ketara sekali rasanya, adalah saat ketika aku mula berpisah drpdnya.

Yakni hari Ahad hari tu, masa perlahan-lahan aku letakkan Maryam, utk ditinggalkan dgn Tok dan Tok Wannya kat PJ. Masa itulah Maryam mendongak ke atas, melihat aku.

Dia tak menangis masa tu, walaupun pandangannya sayu. Pandangannya seolah-olah dgn harapan. Agaknya dgn harapan supaya boleh jumpa lagi Ayahnya. Dgn harapan Ayahnya akan sekali lagi bawak dia jalan-jalan kat taman bunga. Dgn harapan perpisahan kali ini tak lama.

Masa tu rasa mcm nak luruh jantung aku, sayu yg amat. Aku ingatkan rindu ni, bila kita dah lama tak jumpa. Tapi rerupanya, waktu nak berpisah tu aku dah rasa rindu yg amat.

[3]
Hari tu K borak dgn aku, pasal dia dgn anak-anaknya.

K pun cerita, dia everyday dia dtg kerja mesti akan teringat kat anak-anak dia. Bayangkan, everyday jumpa pun boleh rasa rindu.

Especially kalau sebelum tu dia ada marah kat anak(-anak) dia for whatever reason, lepas tu bila dia datang kerja, bila dia teringat kat anak-anak dia, sampaikan dia rasa menyesal pulak pi marah anak dia sebelum tu.

Begini rupanya keadaan org dah anak ye…

[4]
Tahniah kpd Jainal: ‘Mabruk `alaik! Srikandi no 2, insha Allah..’

Takziah kpd Shah atas pemergian ibunda.

Takziah kpd Ust Haris atas pemergian ayahanda.

Suatu perpisahan dan suatu pertemuan.

ukashah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s