Raya 2004

[1]
Raya aku tahun ni seimbas lalu:

Raya 1

Agak special tahun ni sbb first time kami dpt bawak Emak dgn Abah beraya ke luar rumah pd Raya Pertama, sbb selalunya Raya Pertama faham-faham lah, sibuknya yg amat! Hari ni semua adik-beradik aku ada kecuali Abg Akhtar yg pi beraya kat rumah parents Kak Yus kak Gombak. Lepas aje salat Raya, kami cepat-cepat kemas rumah lagi sikit, dan biar Emak dgn Abah bersiap. Lepas beraya satu family (‘beraya‘ pd kami meaning saling bermaaf-maafan), kami semua (except Nazmi dgn Bari’ yg kena tunggu rumah) pergi rumah Embah (nenek aku) kat Batu 7. Kat sana family Paman Man dgn Bik Mus semua ada. Ptg baru balik rumah, tunggu dan layan tetamu cam biasa. Ptg, Min dgn Amir sefamily pulak balik ke rumah parents Amir kat Padang Rengas. Tetamu mmg ramai. Kemuncak meriahnya bila Kak Azzy, Abg Mat dgn Abg Mie dgn family masing-masing sampai ke rumah. Hui tak cukup tangan.

Raya 2

Aku sefamily dgn Abg Akhtar sefamily pi beraya kat rumah Wak Usop. Seronok tengok Maryam dgn Muaz wander around panjat turun kat rumah kayu tu. Lepas tu plannya nak ke rumah Abg Mamat kemudian rumah Kak Nor, tapi dua-dua family takde. Abg Akhtar sefamily decided balik rumah, aku sefamily sambung lagi beraya pergi rumah Pakcik Tamzis dgn Pakcik Kamal. Alhamdulillah, dpt 3 rumah sebelum balik rumah dan sibuk sambut tetamu cam biasa!

Raya 3

Masih kat Sijangkang, sbb parents Ainil akan balik dari umrah mlm ni. Pagi tunggu rumah layan tetamu, dan tghari aku sefamily dgn Abg Akhtar sefamily pegi rumah Wak Asis kat Sg Buaya. Dah tu singgah rumah Abg Jarir barulah balik rumah. Ptg tunggu rumah, Kak Nani sefamily, Kak Hamra’ sefamily semua datang. Maghrib kami balik PJ dan mlm tu aku ambik Emak dan Ayah PJ kat KLIA. Alhamdulillah diorg sihat (Emak mcm selsema sikit) dan around midnight sampai rumah.

Raya 4

Emak dgn Ayah nampak masih penat drpd flight semlm, so aku sefamily pi beraya rumah Kak Ina / Abg Ajak kat Bandar Sri Damansara. Balik ingat nak singgah rumah Mak Lang tapi diorg pulak takde rumah. Mlm kami pi lawat Kak Yati kat Hospital Gleneagles Jln Ampang. Missed Abg Lan sbb dia baru je keluar, tapi ada jumpa anak diorg si Zamir yg baru habis UPSR kat situ. Kesian aku tengok diorg, beraya kat hospital. Kata Ainil mcm ada slight improvement pd Kak Yati, tak seteruk masa Ainil visit dia time aku kat Japan hari tu. Ainil pegang tangan dia, tengok mata dia dan cakap dgn dia. Mata Kak Yati bukak, walaupun pd aku nampak mcm not focussing at anything tapi dia tenang. Aku tengok Kak Yati, aku tengok Zamir dan aku tengok aku sefamily. Alangkah beruntungnya sebahagian kita drpd yg lain.

Raya 5

Alhamdulillah siang ni dpt kami beraya rumah Mak Lang / Pak Lang. Borak panjang kat rumah dia. Abg Boy tanya lagi pasal si Shahrul kat Melaka. Aku cakap Shahrul sudah sibuk dgn projek sekarang, berjalan sokmo. Mlm kami pi lawat Izham kat Keramat (mmg aku dah made a point raya tahun ni mesti nak visit dia ni). Last time kami jumpa masa aku kawin, dia datang ke walimah kat Sijangkang dgn wife dgn anak dia. Parents dia masih ingat aku (Izham ni bunker-mate aku masa Form One kat MCKK dulu), kakak dia pun ingat aku, and very surprisingly, nenek dia pun ingat aku! Lepas tu Izham ajak kami lawat Ella (nama dia Shahrul Azmin tapi biasalah kami kat MCKK panggil each other with funny nicks) kat Melawati. Yg Ella ni mmg lagi lama aku tak jumpa, last time masa kami sesama buat A-Levels kat UK dulu. Orangnya masih cam dulu, cuma he surprised me bila dia kata dia nak go into academia walaupun dah habis course medic dia.

Raya 6

Pagi kat rumah PJ je. Lepas salat Jumaat kami balik ke Sijangkang lagi. Adik Lina dgn Along dah ada kat sana. Lepas tu sampai ke mlm layan tetamu lagi. Makcik Siti sefamily pun datang.

Raya 7

Emak dgn Abah pegi sinoman (menolong kat rumah org kawin), so kami la layan tetamu kat rumah. Ada bebudak bekas murid Emak kat SKS dulu, dan ada kawan lama Abah masa kat Alam Shah dulu, datang dari Penang so aku panggil Abah kejap dari sinoman. Ptg ambik Emak. Layan tetamu lagi. Kak Anum / Abg Zul sefamily pun ada. Mlm pun ramai, termasuk Pakcik Sapek, Pakcik Tamzis dan Pakcik Kamal tiga keluarga datang.

Raya 8

As expected, hari Ahad, lagi ramai. Kekawan Nazmi, Yana pun keluar beraya, Min pun keluar beraya, Emak dgn Abah ada kenduri kawin, so kami layan tetamu. Petang lepas Asar kami balik ke PJ dgn Yana, hantar Ainil dgn Maryam kat rumah PJ, kemudian hantar Yana ke Pantai Dalam. Balik la aku sengsorang ke Melaka. Esok dah keje balik. Hai boringnya.

Raya 9 (kira raya lagi ke ni?)

Start keje baru, a new department/section, a new production area to look after, a new boss. Byk keje baru, byk expectation baru, byk info baru, kelam-kabut juga aku hari ni.

[2]
Hari ni keje baru. Department baru. Area baru. Meja baru dan workstation baru. Boss baru, tapi belum sempat jumpa psl dia away on business. Nevertheless dah dpt bermcm-mcm keje.

[3]
Dlm tgh kelam-kabut hari ni dpt sms drpd Ainil, yg Kak Yati baru meninggal pagi tadi. Terhenti sekejap aku drpd segala yg menyibukkan aku, aku terfikir kembali pd Kak Yati yg baru beberapa hari lepas nampak tenang, aku terfikir pd keluarga Abg Lan, Zamir, dan hari raya diorg. Betapa mudahnya Allah menyihatkan dan menyakitkan. Menghidupkan dan mematikan.

ukashah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s