BBB 26-01-2005

[1]

Assalamu`alaikum warahmatullah..

Disertakan sinopsis BBB kumpulan kita minggu lepas, mintak maaf sbb lambat dpt disiapkan:

Tarikh: 26 Jan 2005 (Rabu)
Masa: 5.45 – 6.30 ptg
Tempat: Surau Al-Nur PPMSB

1. Pembukaan

Terima kasih kpd yg istiqamah.

Sedar tak sedar dah pun hampir sebulan masuk ke tahun baru. Bagi diri saya, Januari bukan shj menandakan tahun yg baru, tetapi juga umur yg baru. Saya tersentuh dgn satu sms yg adik saya hantar pd saya masa birthday saya last week, dia kata: “Semoga umur panjang dan semoga baik amalnya…” In fact kata2 ni adalah hampir dgn suatu hadith Rasulullah (s) yg bermaksud: “Yang terbaik antara kamu adalah yang paling panjang umurnya dan yang paling baik amalnya.” dan dlm riwayat lain “… dan yang paling baik akhlaknya.”

Apa yg buat saya tersentuh adalah pesanan ini membuat saya terfikir, sepanjang tiga dekad umur yg Allah kurniakan setakat ni, banyak mana drpd masa tersebut yg saya isikan dgn amal2 yg baik, dan akhlak2 yg baik? Rasanya hanya sekelumit. Dan selebihnya..? Tapi masih, dari setahun ke setahun (selama ni), Allah tetap kurniakan kita satu lagi tahun umur kita. Nak test kita lagi… Dan lagi… Dan adakah kita sedar? Ataupun nak tunggu lagi tiga dekad? Itupun bgmana kita boleh yakin umur kita akan begitu panjang..?

Jadi sepatutnya, birthday (atau tahun baru) kita sambut bukannya dgn penuh kebanggaan dan keangkuhan, dgn segala pencapaian dan kehebatan kita; tapi sebaliknya dgn penuh keinsafan dan kerendahan, dgn segala kekurangan yg lalu dan beratnya tanggungjawab yg mengiringi tahun yg dipinjamkan kpd kita tu. Spt apa yg kita telah terang2 lihat baru2 ni, utk Allah segalanya possible dan mudah. Umur boleh diberhentikan. Kekayaan dan kebesaran boleh hilang. Yg dikasihi dan mengasihi boleh hilang. In the end, apabila segala yg dipinjamkan oleh Pencipta diambil kembali, what matters adalah persoalan: “Apakah amal kita?”

2. ‘Hadith 4’

Terjemahan Hadith 4 ini boleh dirujuk ke buku Hadith 40. Ia diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim (atau dikenali hadith ini sbg muttafaq `alaih), melalui seorg sahabat bernama Ibnu Mas`ud. Adapun Ibnu Mas`ud ni seorg yg amat istimewa, walaupun physically dia ada kekurangan berbanding sahabat lain, tapi dia sebenarnya amat luas ilmunya, dan banyak meriwayatkan hadith sbb selalu bersama Rasulullah (s). Kita diceritakan kisah Rasulullah (s) membela Ibnu Mas`ud bila beliau ditertawakan oleh sahabat.

Bahagian pertama hadith menceritakan ttg kejadian manusia yg beransur-ansur, drpd peringkat air mani (nutfah), seterusnya peringkat segumpal darah (`alaqah), seterusnya peringkat seketul daging (mudghah), dan selepas inilah ditiupkan ke dlmnya ruh. Lihatlah, walaupun Allah berupaya menjadikan sesuatu hanya dgn Dia berkata: “Jadilah!”, tetapi fenomena kejadian manusia yg berperingkat-peringkat menampakkan sunnatullah, yg mana sesuatu kejadian adalah dgn sebab-musababnya, dgn peringkat2 kejadian tertentu. Lihat juga mukjizat Al-Qur’an yg menceritakan sesuatu yg belum dpt dilihat dan diketahui oleh manusia dgn teknologi yg ada 1400 tahun dahulu, dan hanyalah pd kurun kebelakangan ini apa yg diceritakan mengenai kejadian manusia ini dpt dibuktikan dgn jelasnya.

Bahagian kedua hadith menceritakan ttg empat perkara yg telahpun ditetapkan oleh Allah utk setiap manusia, iaitu rezeki, ajal, amal dan kesudahannya. Rezekinya banyak mana, ajalnya bila mana akan tiba, berapa banyak amal baik dan buruknya, dan akhirnya adakah dgn kesudahan baik atau buruk. Adapun bagaimana cara ketetapan2 ini dituliskan ini bukanlah urusan kita utk kita persoalkan, tggungjawab kita adalah utk melakukan apa yg disuruh dan meninggalkan apa yg dilarang.

Seterusnya kisah org yg berterusan beramal baik, yg kemudiannya berubah hati dan beramal buruk, dan buruklah kesudahannya. Begitu juga org yg berterusan beramal buruk, yg kemudiannya berubah hati dan beramal baik, dan baiklah kesudahannya. Kerana taqdir Allah mengatasi segala-galanya. Ini menjadi pengajaran utk kita agar tidak berbangga dgn kebaikan yg telah kita lakukan, kerana kita belum tahu kesudahan diri kita. Apa yg perlu kita buat adalah utk berterusan melakukan kebaikan, dan berdoa dgn bersungguh-sungguh agar ditetapkan hati kita atas kebaikan: “Wahai Tuhan yang mengubah segala hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu!”

Ini juga menjadi pengajaran utk kita yg berda`wah agar tidak cepat menjatuhkan hukum atau berputus asa terhadap masyarakat. Org yg skrg nampak buruk perilakunya, degil pula, tidak semestinya akan selamanya begitu. Mgkin dgn sedikit lagi usaha kita terhadapnya dia akan berubah menjadi org yg baik.

Taqdir bukan bermaksud kita meninggalkan amal dan berserah segala-galanya. Tetapi apa yg disuruh ke atas kita adalah utk beramal, dgn berterusan. Semoga jalan ke arah kebaikan itu dijadikan mudah utk kita.

3. Penutup

Insha Allah next perjumpaan kita hari Khamis (3 Feb). Next topik adalah “Saya Mestilam Muslim Di Sudut Keluarga”, drpd buku “Apa Ertinya…” Boleh la baca awal-awal. Kalau dah habis, boleh buat rujukan tambahan dr buku “Keperibadian Muslim” oleh Muhammad Ali Hashimi, dlm bab Muslim Dengan Keluarganya. Kita jumpa nanti, insha Allah!

ukashah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s