BBB 02-02-2005

[1]

Assalamu`alaikum warahmatullah..

Sinopsis yg lepas. Sekali lagi mintak maaf sbb lambat.

Tarikh: 3 Feb 2005 (Khamis)
Masa: 5.45 – 6.30 ptg
Tempat: Surau Al-Nur PPMSB

1. Pembukaan

Adapun setiap drpd kita sebenarnya adalah ketua. Yg ada sesuatu yg kita jaga atau seseorang yg kita pimpin.    Regardless apa pun jawatan kita di tempat kerja, tinggi ke rendah ke, manager ke operator ke… Setiap satu kita adalah pemimpin yg tersendiri. Kita ada tanggungjawab yg tersendiri, kita ada circle of influence yg tersendiri, yg apa dan sesiapa shj di dalamnya kita boleh mempengaruhinya.

Begitu juga di rumah. Kita adalah ketua atas isteri-isteri dan anak-anak. Kita adalah ketua atas adik-adik kita. Sanak-saudara kita.

Dan seterusnya yg mengiringi kepemimpinan ni bukanlah suatu kedudukan istimewa, tetapi adalah suatu tanggungjawab. Not a privilege but a burden. Yg pd kemudian hari kita akan ditanya mengenainya. Apa yg kita pimpin? Ke arah mana mereka kita pimpin? Bagaimana cara pimpinan kita? Adil atau zalim?

Maksud sabda Nabi (s): “Setiap daripada kamu adalah pemimpin. Dan setiap daripada kamu dipertanggungjawabkan akan apa yang dijaga olehnya.”

Adakah semua amanah pimpinan ini kita penuhi?

2. ‘Saya Mestilah Muslim Di Sudut Keluarga’

Berdasarkan renungan di atas, kita lihat pula suatu sudut dan satu institusi hidup yg seterusnya perlu kita bela, pelihara dan pimpin ke arah Islam – keluarga kita. Kalau sebelum ni kita dah bincang apakah maksudnya beriman dgn sesejahtera iman, beribadah dgn sesahih ibadah, dan berakhlak dgn semulia akhlak, sekarang bgmana pula nak membawa ciri-ciri Islam ini ke luar drpd diri kita? Maka keluargalah yg next paling rapat dgn diri kita.

Janganlah kita terlalu kuat melaungkan slogan-slogan utk “mengubah masyarakat”, “mengislamkan negara” dan sebagainya sedangkan Islam itu tiada di dalam keluarga kita. Ada langkah yg hilang di jalan dan ada anak tangga yg hilang di tangga. Da`wah ada marhalah atau peringkatnya yg tersendiri. Dan spt apa yg safety poster kita kata: “Every step has its purpose”.

Jadi apa pula langkah2 utk membina sebuah keluarga Islam?

Ada org kata, “Nanti lepas aku kawin, aku akan bimbing isteri dan anak aku ke arah Islam”. Seolah-olah segalanya bermula dgn mudah selepas kahwin. Tapi realiti tidak mengajar kita demikian. Setiap kerja ada persediaan utknya. Dan persediaan utk membina keluarga Islam sebenarnya bermula drpd sebelum kahwin lagi. Niat perkahwinan hendaklah kerana Allah semata, agar dgnnya kita dpt menjaga pandangan dan kehormatan. Dan satu lagi yg penting, ia juga bermula dgn proses pemilihan bakal isteri lagi. Baik asalnya, baiklah hasilnya insha Allah. Dan Islam pun dah ajar kriteria memilih isteri (ingat hadith yg menyebut agama, harta, rupa dan keturunan).

Ada jugak isu dlm memilih isteri ni (same case pun for org cari suami). Ada yg rasa wewenang buat pilihan sekarang dgn hasrat dpt dibaikkan kemudian harinya. Ada yg rasa dah buat pilihan betul tapi hampa kemudian hari sbb tengok2 tak memenuhi hasrat. Ada pula yg find out pasangan dia tak nak berubah. Mcm2… Kat beberapa kawan yg pernah tanya, saya cakap: “Pilihan pasangan hidup kita sekarang sebenarnya mencerminkan siapa kita.”

Of course, then lepas kahwin pun ada tgjawabnya. Tgjawab bergaul dgn baik dgn isteri, tgjawab membimbing isteri, tgjawab bersama membantunya dgn tgjawab dan tugasnya, selagi mana tak melebihi batas syara`.

Then lepas dah ada anak, ada tgjawab lain pulak (banyak kan keja bila kawin ni? tapi besar ganjarannya insha Allah..). Anak2 ni ibarat kain putih, dan apa yg mencorakkannya kemudian hari byk bergantung kpd kita emak ayah.

Cita dan harapannya, agar anak2 dan isteri2 kita menjadi qurratu a`yun (penyejuk mata), dan pemimpin kpd org2 bertaqwa, insha Allah.

3. Penutup

Antara rujukan tambahan utk tajuk di atas: Keperibadian Muslim (Shakhsiyah Muslim) oleh Muhammad Ali Hashimi, bab “Muslim Bersama Keluarga”; Suri Teladan Di Jalan Da`wah (Al-Qudwah `Ala Tariq al-Da`wah) oleh Mustafa Mashhur, bab “Keluarga Contoh”.

Lepas ni kita akan ada break, sbb Jumaat 11 Feb cuti, as well as 19 dan 27 Feb jatuh pd weekends. So insha Allah nanti saya hantar reminder utk next seating kita pd Isnin 7 Mar.

ukashah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s