BBB 07-03-2005

[1]

Assalamu`alaikum warahmatullah..

Sinopsis yg lepas:

Tarikh: 7 Mar 2005 (Isnin)
Masa: 5.45 – 6.15 ptg
Tempat: Surau Al-Nur PPMSB

1. Pembukaan

Terima kasih kpd yg istiqamah. Insha Allah kita setuju utk cuba target setgh jam utk every session, utk tidak memberatkan ahli. Kita akan beri tumpuan kpd pengisian utama.

2. Hadith 5

Matan hadith ini boleh diterjemahkan sbg: “Barangsiapa mengada-adakan dalam urusan (agama) kami ini suatu pekerjaan yang tiada daripadanya, maka ia tertolak.” Hadith sahih Al-Bukhari dan Muslim, drpd Aishah (r).

Hadith ini menerangkan suatu perkara pokok dlm agama yg berkaitan dgn kesahihan ibadah dan syarat utk ia diterima Allah, yakni ia mestilah tidak bersifat diada-adakan.

Yang dimaksudkan di sini ialah mengada-adakan sesuatu drpd syariat Islam, terutamanya dlm sudut aqidah dan ibadah. Dan yg dimaksudkan dgn tertolak ialah tidak dihukumkan ia sah di sisi Allah.

Syariat Islam yg telah diturunkan Allah dan disampaikan oleh al-Rasul (s) sesungguhnya telah lengkap dan sempurna, tiada perlu untuknya diberikan pengurangan, penambahan atau perubahan. Apa yg dimaksudkan dgn mengada-adakan di sini juga ialah sesuatu yg tiada sandaran drpd dalil al-Qur\’an dan al-Sunnah. Contoh dan huraiannya boleh kita bincang dgn panjang lebar: Spt dlm salat (eg menambah salat sunnat, menambah bacaan tertentu, yg tiada drpd Nabi dan sahabat), dlm puasa (pd hari-hari tertentu), zikir dan doa (eg zikir dan doa tertentu utk waktu dan hari tertentu), hukum2 syariat spt utk pelaku zina atau peminum arak, dan banyak lagi.

Tegahan di dlm hadith ini sebenarnya diperkukuhkan dgn amaran2 yg lain. Salah satu drpdnya selalu di sebut oleh Nabi (s) dlm permulaan khutbahnya, yg boleh diterjemahkan: “Berhati-hatilah kamu dgn yg baru di dlm perkara (agama), kerana sesungguhnya setiap yg baru itu adalah bid`ah, dan setiap bid`ah itu adalah sesat.” Ini menunjukkan betapa kerasnya al-Rasul (s) dlm memberi amaran supaya umatnya (apatah lagi umat yg terkemudian setelah ketiadaan baginda) tidak tersesat melalui perkara-perkara bid`ah.

Saya teringat kata-kata Shaikh Muhammad al-`Uthaimin (r) yg baru meninggal beberapa tahun lepas, yg menurutnya syarat-syarat utk sesuatu ibadah itu ada dua: (i) Niat (ii) Ittiba`. Apa yg dimaksudkan oleh ittiba` di sini ialah menurut apa yg disyariatkan oleh Allah dan RasulNya. Dan sesuatu yg diada-adakan di dlm ibadah setelah lengkapnya syariat itu adalah tidak berciri ittiba`.

Disyarahkan juga oleh penulis (Mustafa Abdul Rahman) bahawa, alasan org yg melakukan kejahatan (yakni perkara yg baru di dalam agama) bahawa dia tidak mencipta perbuatan itu tetapi hanya mengikuti apa yg telah dilakukan oleh org sebelumnya atau org selainnya, ia tidak dpt diterima sama sekali. Adalah menjadi tuntutan utk setiap Muslim utk belajar mengenai agamanya, beserta ibadah dan syarat-syaratnya. Bukan melakukan ibadah semata berdasarkan ikutan perbuatan org lain atau org sebelumnya, tanpa mengetahui dalil atau dasar sesuatu amal. Apabila al-Rasul (s) bersabda: “Salatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku salat.” baginda tidak bermaksud “… sebagaimana orang lain salat.” Jadi berapa yakinkah kita bahawa setiap bacaan dan pergerakan kita di dlm salat sekarang adalah spt yg al-Rasul (s) ikutan kita sebenarnya lakukan?

Wlbgmanapun saya ingin mengingatkan semua termasuk diri saya, bahawa objek da`wah dan metod (approach) da`wah adalah dua perkara berbeza. Dan selalunya approach yg kurang berhikmah menyebabkan objektif da`wah itu tak tercapai, walaupun ia benar.

Maksudnya di sini, seorg penda`wah yg baik tidak mudah utk menjatuhkan hukum kpd org lain, kerana jika ia terlalu mendesak dan keras kemungkinan dia akan disisihkan dan kehadirannya tidak diterima, terutama dlm masyarakat yg mungkin sudah ada kebiasaan atau adat tertentu. Yg sepatutnya digunakan adalah ia perlu mengkaji dan melihat suasana, memulakan dgn bimbingan dan nasihat yg baik, serta memperlihatkan qudwah (contoh) yg baik. Dgn pendekatan beransur-ansur spt ini insha Allah lebih mudah utk dia diterima sbg suatu unsur yg baik di dlm masyarakat, yg kemudiannya akan lebih memudah utknya menyampaikan Islam.

Dlm kata lain kat sini: Jgnlah mudah utk kita tengok seseorg buat something yg kita tahu tidak drpd syariat, lalu kita katakan kpdnya: “Bid`ah!”

Jadilah penda`wah yg berhikmah, tuturnya cukup berkira dan berhati-hati, amat mudah didengar oleh sesiapa dan diterima oleh hati yg dahagakan kebenaran.

3. Perbincangan

Ada dibangkitkan perbincangan ttg bilangan salat sunat sebelum dan selepas salat fardu Zuhur. Apa yg sampai ke pengetahuan saya yg disyariatkan adalah 2 dan 4 rakaat, samaada sebelum atau selepas. Kedua-duanya thabit melalui nas drpd Rasulullah (s).

Zam juga ada bangkitkan perbincangan ttg salat jama` (salat yg dihimpunkan) dan salat qasar (yg dipendekkan). Most ulama agree yg definisi perjalanan yg dimaksudkan adalah yg jaraknya 2 marhalah (lebih kurang 90 km) dgn tujuan yg syar`i. Soalan seterusnya bilakah kita boleh mula melakukan salat jama`. Jawapannya adalah apabila kita telah mula keluar dlm perjalanan (satu pandangan menyebut apabila kita telah keluar drpd qaryah atau kawasan kita). Dan kita boleh terus-menerus melakukan salat jama` dan qasar selagi mana kita masih di dlm perjalanan dan belum kembali ke rumah. Cuma ada perbezaan pendapat dlm menetapkan waktu maksimum kita dlm perjalanan yg dibolehkan jama` dan qasar. Ada yg mengatakan 3 hari, ada yg mengatakan 18 hari atau lebih, malah ada yg mengatakan tiada had maksimum (maksudnya selagi mana kita bermusafir, selagi itu jama`qasar boleh dilakukan). Perbincangan lanjut mengenai ini boleh dirujuk kpd kitab Fiqhus Sunnah (ada copy kat Surau rasanya).

4. Penutup

Insha Allah, next BBB kita pd hari Rabu 23 March 2005, bab ‘Saya Mestilah Dapat Menguasai Diri’ drpd buku ‘Apa Ertinya…’

ukashah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s