BBB 08-06-2005

[1]

Sinopsis yg lepas:

Tarikh: 8 Jun 2005 (Rabu)
Masa: 5.45 – 6.30 ptg
Tempat: Surau Al-Nur PPMSB

1. Pembukaan

Diceritakan oleh Sayyid Qutb akan satu golongan yg pernah lahir di dlm sejarah manusia, yg tak pernah lahir golongan sepertinya sehingga sekarang. Segala apa yg mereka percaya, apa yg mereka kata dan apa yg mereka buat semuanya disandarkan kpd sumber rabbani, yakni yg diwahyukan oleh Tuhan dan yg disabdakan oleh utusanNya. Merekalah yg paling sahih kefahamannya kerana kedudukan mereka yg hampir dgn al-Rasul (s). Merekalah yg paling bersungguh dlm mengamalkan apa yg ternyata di dalam kalam Allah. Lalu kita dpt lihat personaliti spt Ibnu Abbas, Ubayy bin Ka`b dan Ibnu Mas`ud yg amat tinggi iltizam mereka terhadap kitab Allah.

Mereka adalah golongan sahabat, digelarkan kpd mereka jîl al-Qur’ân al-farîd. The unique Qur’anic generation. Yg amat jauh keadaan kita sekarang drpd mereka, walhal kita yg paling lantang melaungkan ungkapan kembali kpd Qur’an. Berbeza sungguh cara kita dan golongan ini berinteraksi dgn kalam wahyu ini. Yg kita utamakan adalah bacaan dan lagu, melebihi maksud dan kefahaman. Yg kita utamakan adalah rujukan lain, melebihi rujukan yg diturunkan oleh Pencipta kita…

2. Definisi Islam

Kita mulakan perbincangan kita mengenai kitab Usul al-Da`wah karangan Dr Abdul Karim Zaidan. Da`wah literally bermakna ajakan atau seruan, jadi utk kita yg ingin melaksanakan da`wah ini, ke mana ingin kita ajak dan seru? ‘Islam’ adalah jawapan kita. Maka apa pula definisi Islam? Jika seseorg yg ingin memahami Islam jumpa kita di mana-mana, bertanyakan soalan ‘Apa itu Islam?’ apakah jawapan kita?

Agaknya ada yg mengaitkan Islam dgn ‘masuk Melayu’. Dgn tukar nama. Dgn proses khitan (yg kita panggil sunat). Dgn bolehnya berkahwin dgn org Islam, atau dgn dikebumi di perkuburan Islam! Apakah Islam di kefahaman kita? Apakah ini yg sahih?

Dr Abdul Karim menukilkan beberapa definisi Islam yg boleh diterima.

Yg pertama berdasarkan hadith Jibril yg bertanyakan kpd Nabi perihal Iman, Islam dan Ihsan (yg kita dah belajar dlm pengajian Hadith 40 al-Nawawi dulu). Dan Islam di sini dinyatakan sbg lima rukun Islam, bermula drpd pengakuan bahawa tidak ada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah, dan bahawa Muhammad adalah rasul utusanNya.

Yg kedua, Islam bermaksud kepatuhan dan ketaatan kpd Tuhan, yg datang drpd kerelaan diri dan bukan paksaan. Penting di sini ya, ia perlu datang drpd kesedaran dan penerimaan oleh hati, kerana drpd situ akan bermakna konsep balasan baik dan buruk di hari pembalasan.

Yg ketiga, Islam membawa maksud suatu sistem dan cara hidup yg menyeluruh, yg mengatur seluruh aspek hidup manusia dan menjadi dasar moral mereka. Ia disampaikan oleh Nabi Muhammad (s) untuk sekelian manusia.

Yg keempat, Islam bermaksud suatu yg merangkumkan kepercayaan, akhlak, ibadah, muamalat dan sejarah, yg terkandung di dalam kitab al-Qur’an dan sunnah Nabi (s).

Yg kelima, Islam yg akan menjawab tiga persoalan yg sering ditanyakan oleh manusia: Dari mana kita datang? (agaknya ada yg akan jawab: Proses evolusi!) Apakah tujuan kita dijadikan? Ke mana kesudahan kita setelah kita mati?

Perbincangan

At this point kita bincang skt ttg the Evolution Theory. I mentioned that nowadays thinking people have started to accept the fact that the living things could not have evolved, by chance, by natural selection or whatever they want to call it. Diorg hanya perlu tengok pd hidupan yg pelbagai dgn kompleksiti masing2, and how can one submit to the notion that these have merely evolved to such a perfect state? Kita lihat shj binatang yg dipanggil bombardier beetle, yg amat kompleks dan istimewa, yg mempunyai two separate sacs of chemicals, which need to be mixed in a very precise amount and a very precise timing, utk mghasilkan ‘letupan’ yg boleh menakutkan musuhnya. It could not possibly have evolved, since gradual evolution would involve – at any other stage – improper mixing which could  have killed it.

Jadi skrg kita lihat ramai org2 terpelajar, dah mula mengakui adanya Pencipta, Creator, Tuhan. Mereka mula menyanggah ‘Evolutionism’ dan ‘Darwinism’ dan kita lihat diangkat pula konsep-konsep spt ‘Creationism’ dan ‘Intelligent Design’, sedangkan konsep ketuhanan dan penciptaan telah dibawa oleh para Nabi termasuk Nabi Adam lagi!

Dan Allah kata di dlm al-Qur’an: ‘Afalâ yatafakkarûn…‘ Tidakkah mereka berfikir..?

Yang keenam, Islam adalah panduan hidup, dan penawar utk memperbaiki segala kelemahan masyarakat. Kalau kita sakit dan jumpa doktor, lalu diberinya kita prescription slip, sakit tak akan automatically sembuh kalau kita hanya membaca shj slip tersebut. Sebaliknya kita kena ikut satu-persatu arahan di dalamnya. The same thing dgn penyakit yg ada di dlm masyarakat. Kalau panduan utk mengubatinya hanya kita simpan di dlm almari, buat hantaran kahwin, baca hanya bila ada majlis tertentu; tapi tidak kita fahami, ambil pengajaran dan amalkan… Maka tak hairanlah kalau masyarakat yg nama shj Islam tapi personaliti dan character yg ada amatlah berlainan dgn nilai-nilai Islam.

Afalâ yatadabbarûn al-Qur’âna, am `alâ qulûbin aqfâluhâ…‘ Apakah mereka tidak mengkaji dan meneliti al-Qur’an itu? Atau adakah hati mereka telah tertutup..?

Ada pun keenam-enam definisi yg dipaparkan di sini bukanlah kesemuanya, mungkin ada definisi lain yg boleh diterima, menurut Dr Abdul Karim. Walaupun diungkapkan berbeza, sebenarnya tiada percanggahan drpd segi maksud dan prinsip. Sesetgh definisi sesuai digunakan pd keadaan tertentu dan utk org tertentu, yg lebih mudah difahami.

Inilah bbrp definisi Islam, yg padanya dijadikan asas utk perbincangan selanjutnya di dlm kitab Usul al-Da`wah ini. Allâhu a`lam.

3. Penutup

Insha Allah, next seating kita akan bincang Hadith 8 drpd Matan Arba`în al-Nawawi, tarikh saya akan berikan kemudian. Semoga kita kekalkan cinta kita terhadap ilmu dan iltizam terhadap agama…

ukashah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s