Kesedihan Suatu Petang

[1]
Jumaat lepas aku dikejutkan.

Dlm perjalanan nak pergi keja, betul-betul kat traffic light depan PPM kami (aku dgn Dino) perasaan ada accident baru jadi. Kat tepi jalan ada satu kereta dah pecah windscreen dan satu motor terbaring. Tapi tak nampak org lain yg cedera (kecuali 5-6 org yg tgh berkumpul dekat kereta tu), mgkin dah dibawak ke hospital.

Not later lepas masuk kerja aku dpt tahu rupa-rupanya yg teruk terlibat (penunggang motor) adalah Abg Ghaffar, seorg driver shuttle van kat PPM.

Abg Ghaffar dlm perjalanan nak pergi kerja dari rumahnya kat Tmn Keris Emas, dan dia stop kat traffic light sbb lampu merah. Dari arah Melaka satu van kilang, tak berhenti walaupun lampu merah. Dia potong kereta depan dia yg tengah berhenti, makan jalan di belah kanan, dan langgar Abg Ghaffar dan motornya. Abg Ghaffar tercampak ke belakang, jatuh atas windscreen kereta kat belakang, sebelum jatuh ke atas jalan.

Abg Ghaffar meninggal tak lama lepas kejadian.

[2]
Aku terkejut sangat, sbb aku kenal Abg Ghaffar, dia kenal aku, dan kami selalu borak kalau aku naik van dia. Antara semua van drivers, dia ni yg paling pendiam (which explains ramai staff actually tak kenal dia). Kalau org yg dia tak kenal kat dlm van dia, mmg dia tak akan bersuara. Unlike drivers lain mcm Abg Wan, Pak Tam, Abg Mail, yg jenis peramah dan rajin bercerita. Tapi Abg Ghaffar hanya akan bersuara bila dia kenal kita dan kita yg mula cerita/tanya dulu.

Dia pernah cerita pasal sorg anak dia yg tak sure kat bidang mana yg dia interested nak sambung belajar. Aku pernah sponsor hadiah sukan sekolah sorg lagi anak dia, for which aku pernah spend one whole evening carikan hampers.    Dan lately Abg Ghaffar tgh sibuk dgn persiapan majlis kahwin sorg lagi anak dia.

And one day Abg Ghaffar dah tak ada.

[3]
I’m convinced that the road out there cannot be trusted.

[4]
Hari ni aku dpt satu surat.

Surat jemputan perkahwinan utk sepasang mempelai. Ditulis tangan utk aku oleh ayah pengantin lelaki:

Abdull Ghaffar b Md Din

Sempat rupanya Abg Ghaffar utuskan jemputan majlis anak dia kpd aku. Dan baru aku tahu yg tak semua jemputan perkahwinan bawa kegembiraan. Yg ini bawa kesedihan, yg tak terukur dgn banyaknya titisan air mata aku yg jatuh petang itu.

Semoga ditempatkan ruhnya bersama mereka yg dikurnia rahmahNya.

ukashah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s