Kucing Kuning

[1]
Habis meeting kami kat PML. Dah habis everything, kami ucap thanks kat diorg sbb terima kami, diorg ucap thanks kat kami sbb sanggup datang sana utk tunjuk ajar pasal MOC.

On the way out, si Mark Winston stop aku. “Remember my advice,” dia kata. Aku terpinga sekejap, “What advice?”

Mark senyum, “You know, yang itu…”

“Oh…” baru aku teringat. Aku tak sure dia joking atau tak, aku senyum balik nevertheless. “I’ll be careful.”

[2]
Sementara tunggu flight at 1910 hrs kami ada some time utk jejalan sekitar bandar Labuan. Aku jalan dgn Abg Tapa dan Sham, while Raihatul jalan dgn Ida.

Dlm pkl 5 kami reconvene dekat Sheraton. Ambik beg memasing, dan ambik teksi pegi airport. After a slight delay, dlm 1920 hrs kami berlepas.

Alhamdulillah nothing happened, as cautioned by Mark. Dia pesan suruh be careful, sbb “there might be some women around the town, who are trying to court male visitors, especially from Semenanjung.” (!)

[3]
On board, passenger sebelah aku sorg young lady engineer. Chemical engineer as well, dia kerja dgn one chemical supplier company based kat KL. Asal dr Terengganu. Apparently baru balik outstation kat Miri & Labuan.

“Tak teringin balik ke T’ganu ke? Kerja kat sana?” aku tanya. Memandangkan kat sana pun banyak oil/gas as well as petrochemical plant. Ye lah, ramai org prefer kerja dekat dgn hometown, if given the choice.

“I suka kerja KL,” dia kata. Hm, unlike me.

“Tak kisah dgn kesibukan KL ke? Hustle bustle of it?” aku tanya.

“Tak. In fact I suka mcm tu. Being busy in a crowded place makes me less feeling lonely.”

Hmm..

“Tak kisah traffic condition KL?” aku tanya lagi. “Tak. You tau, walaupun traffic sibuk time balik kerja tu, time tu lah I paling seronok dan boleh enjoy my time dlm kereta…”

She is one strong lady.

[4]
Sampai KLIA dlm 2120 hrs. Wife, Maryam dan Ayah dah tunggu. Just arrived about 15 minutes ago, kata Ayah . Esok wife aku nak pergi UM, sedangkan aku pulak back to work. So aku bawak Abg Tapa naik Charade, diorg yg lain balik PJ naik Civic.

Driving back to Melaka was another good experience with a friend. Aku mmg enjoy travelling with a company, the last time aku rasa mcm ni masa keluar ambik sample Jet A1 dgn Brahim Bai kat PD dgn Sepang dulu. Mcm2 lah aku borak dgn Abg Tapa. Pasal kerja, pasal melayan boss, pasal bonus tahun ni, pasal anak2, pasal jaga hati isteri (part yg paling amusing)…

Bila bermua`yashah dgn org2 yg lebih berpengalaman ni, we gain the ability to distinguish practicals from theories, and reality from ideals.

[5]
Sampai rumah aku (lepas hantar Abg Tapa kat Bukit Rambai) dekat pkl 1. Aku tengok kucing rumah kami dah tunggu kat luar. Mcm tau2 je aku dah balik. Ke dia kenal bunyi kereta?

Kucing ni actually datang sendiri ke rumah kami, dan buat kami mcm tuan dia. Mintak makan, main2, tidur dan segala apa yg kucing buat. Dah dekat sebulan kot. Kami pun tak kisah, dia bukan kacau pun. Maryam pun suka main dgn dia. Kucing jantan, manja betul. Bila aku jalan masuk pintu gate, dia akan baring kat lantai porch dan berguling2, mintak diusap dan digaru la tu. Kekadang kami bagi dia masuk rumah. Kalau aku duduk rehat kat kerusi dia akan lompat naik atas riba. Waktu mlm, atau waktu kami takde kat rumah kami akan keluarkan dia.

Kucing ni reminds me very much of kucing-kucing ‘best’ yg kami kat Sijangkang pernah ada. Doraemon. Dan yg paling best of all – Gendut. Semuanya jantan. Mmg kucing jantan mcm ni ke? ‘Best’ sbb apa tau, sbb playful (kekadang bila kita nak garu dia, but not overly playful), dan ‘best’ sbb tak buat kerenah.

Kucing kuning ni mcm Gendut dan Doraemon la jugak.

Mlm ni, first time aku bagi dia masuk rumah. Bila aku naik atas dia ikut naik. Aku baring kat atas karpet bilik aku dia ikut baring. Aku nak tidur tapi dia belum nak tidur. Dgn mood playful dia cakar2 dan gigit2 lengan baju aku. Bila aku pusing ke sebelah membelakangi dia, dia cakar2 pulak belakang baju aku. Tapi aku dah penat sangat dah nak melayan dia. Tak sampai seminit dua aku tidur. Entah bila (agaknya bila dia dah penat dan tengok takde org nak layan dia) kucing ni pun tidur, sampai la ke esok pagi elok je baring sebelah aku.

[BTW, kucing ni belum ada nama. Kalau ada cadangan bagitau la…]

ukashah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s