Pernikahan Ilyana

Indonesia

[1]
Kampung Nashrudin letaknya di Cegerdesa, Bekasi, Jakarta Timur. Nama shj Jakarta, tapi letaknya agak jauh dari bandar. In fact kampung ni kampung penanaman padi, dgn pondok2 pesantren di beberapa tempat.

[2]
Pkl 9 pagi aqad nikah bermula. Nasib baik kami (aku, Cik Pandi, Munawir) yg tidur di Jakarta sempat. Sampai2 tu majlis dah nak mula.

Majlis dibuat kat satu tempat yg diorg selalu guna utk kelas ta’allim, sebelah rumah Nas dan sebelah masjid. Simple je majlis dia. Ada juruacara majlis, bacaan Qur’an, aqad nikah, dan bersalaman. Lepas tu ada sedikit jamuan di depan rumah. Sambil pengantin bergambar dgn tetamu.

[3]
Habis acara pagi tu dlm pkl 11, dah tu rehat. Aku, Cik Pandi, Munawir, Cik Mustofa terus ke masjid. Dlm pkl 12 lebih dah masuk Zuhur.

Habis Zuhur kami rehat lagi kat anjung masjid. Borak2 sambil tunggu waktu Asar.

Dlm hati: Jarang dapat peluang rehat mcm ni.

[4]
Lepas Asar majlis makan disambung lagi. Kat sini baru betul2 meriah. Pertamanya sebab lebih ramai org datang (agaknya the reason diorg buat majlis petang sebab nak bagi peluang org2 jauh datang kot…).

Keduanya, ada persembahan Marawis (ke Merawis?) – budak2 lelaki menyanyi nasyid dan salawat diiringi pukulan kompang dan gendang. Menarik dan setakat ni tak jumpa kat M’sia.

[5]
Aku borak2 dgn sorang pakcik ni. Dia kira sedara kpd Nas. Dia kata, dia dan isteri dia terlibat aktif dgn parti politik, dan bercadang nak bertanding dlm Pemilu (equivalent to M’sia punya Pilihanraya Umum lah) tahun depan.

Parti mana, aku tanya. PKNI, dia kata. (PKNI = Partai Kebangkitan Nasionalis Indonesia)

“Di sini PKS bagaimana?” aku tanya.

“Tidak begitu kuat di sini.” kata dia. “Saya dulu pernah terlibat dgn PKS, tetapi saya rasa tidak serasi kemudiannya…” aku cuma mengangguk mengiyakan.

[6]
Majlis sampai malam. Kami bertolak ke Cikarang dlm pkl 9.

ukashah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s