Umpama Mimpi

[1]
Hari ini umpama mimpi, umpama ribut. Menakutkan tetapi aku tetap harungi.

Dekat tengahari aku tgh di workshop di Klebang utk servis kereta aku, bila Che Din call aku. Dia dpt tahu drpd seorang kawannya di Optimal bahawa Effendi yg kami kenal telah meninggal dunia pagi tadi disebabkan kemalangan.

“Akram confirmkan lah,” pesan Che Din.

Seketika aku termangu, perasaan tak percaya bercampur sedikit kekalutan akan apa yg patut aku dahulukan skrg.

Aku terus call Tasya, org pertama yg terlintas di fikiran.

[2]
Selebihnya umpama ribut. Siap shj kereta aku, aku balik ke rumah Ayer Keroh. Rumah aku kemas secepat boleh. Barang2 aku pack secepat boleh. Maryam dan Hannah aku siapkan secepat boleh. Call dan sms bertalu2, kebanyakannya bertanyakan tentang perkhabaran tu. By this time Tasya dah call balik. Aku jugak dah bercakap dgn adik Fendi bernama Hisham, yg menjawab panggilan di telefon Fendi. Confirmed, Fendi dah tiada. Jenazahnya sedang dimandikan di hospital Temerloh, dan jenazah akan dihantar ke Rawang utk dikebumikan. Aku masih terkejut. Bercampur bingung. Aku cakap insha Allah aku akan ke Rawang secepat mungkin, selepas hantar anak2 aku balik PJ.

[3]
Selepas menghantar anak2 aku ke rumah Tok Wan diorg kat PJ aku terus ke Rawang, dgn harapan dapat sampai sebelum jenazah sampai.

Di atas jalan dari tol Rawang ke Kampung Melayu Batu 16, tiba2 hati aku terasa pedih yg amat. Air mata mengalir. Akhirnya aku terima, Fendi dah tiada. Fendi yg baru seminggu lepas aku jumpa dan borak dan ketawa bersama di Jalan Ampang.

Aku tiba di Masjid Kampung Melayu ketika jenazah sedang disalatkan, dan aku salat bersama. Di sana aku tengok beberapa org yg aku kenal – Zol Arifin, Amirzudin, Hj Dzul, Fazaly, Salam, Natasya, Najah.

Kemudian kami ke tanah perkuburan. Dlm membantu mencangkul tanah merah masuk ke pusara, pd waktu itulah aku dpt menatap wajah Fendi buat kali terakhir dari sisi tepi.

Matahari semakin tenggelam, sebagaimana hilangnya seorang kawan tersayang dari pandangan.

[4]

Mohd Effendi Tajuddin - A brother and a mentor

Mohd Effendi Tajuddin - A brother and a mentor

Only when a friend is gone you truly understand his worth. Mohd Effendi Tajuddin, our brother and our mentor. May you meet the Lord with His blessings, forgiveness and compassion.

ukashah

4 thoughts on “Umpama Mimpi

  1. Faizah

    Salam,

    Saya adalah salah seorang dari adik dari keluarga angkat fendi, selalu dia panggil “mak mon/mak melaka” (is my mom). Kami amat terkilan sakali kerana tak berkesempatan untuk menatap jenazahnya buat kali terakhir, saya di perlis, memang tak sempat nak pergi pada hari tu. Hanya doa yang dapat di kirim bersama angin lalu. Sedih tak boleh nak kata, semakin hari semakin ramai yang kita kasihi meninggalkan kita. Al-fatihah.

    Reply
  2. Faizah

    And… dari blog2 dan post kawan rakan beliau saya dapat gambaran tentang hari kejadian dan urusan pengkebumian, tak sampai hati nak tanya kak Mona banyak-banyak… Terima kasih kerana post yang di buat.

    Reply
  3. ummunaufal aljundie

    salam..arwah adik angkat sejak diutm,yg kemudiannya menjadi anak angkat keluarga kami selepas pemergiaan satu satunya anak lelaki keluarga kami…sangat baik orangnya…moga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya..Amin…

    Reply
    1. ukashah Post author

      Salam. Amiin.. Mari kita berterusan berdoa utk al-arwah. Juga baik jika dpt kekalkan hubungan silaturrahim dgn keluarganya.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s