Penggunaan Software Pirate?

[1]
Tajuk entry ini agak straight forward, sebab dah banyak kali aku come across persoalan ni, dan juga come across pandangan yg berbeza. Hence as any other blogger (and any other Muslim who cares) I need to say what I need to say.

[2]
Let’s talk about the rulings (hukum) first, then we go to other things – especially the practicality.

This is one ruling on using pirated software that I came across so many years ago, dan aku prefer ini berbanding pandangan-pandangan lain.

Q: I want to know if copying software on my hard drive that I have not bought is wrong.

A:
Praise be to Allaah.

The Permanent Committee for Iftaa’ (Islamic Rulings), chaired by Sheikh Abdul-Aziz bin Baz, has replied to this question by ruling that it is not permissible to copy software without permission from the original author or the copyright holder based on the following three haadeeth of the Prophet (peace be upon him):

(1) “Muslims are to honor their agreements (with others)”;

(2) “A Muslim’s wealth is forbidden for others to use without his permission;” and,

(3) “Whoever is the first to acquire a mubaah (something lawful to acquire) is entitled to keep it”. This applies to both Muslims and non-believers (who are not engaged in an act of war with Muslims) because the right of a non-believer is respected in the same manner as a Muslim’s right. Allah knows best. (Committee Fatwa no: 18453)

Also, Sheikh Muhammad bin Salih Al-‘Uthaimeen has ruled that whatever is customary among people should be the rule except when a user wants a copy for himself and the author or the copyright holder did not explicitly prohibit copying the software for private or public use. However, if the author or the copyright holder specifically stated that private and public copying of the software is prohibited, then it is not permissible to copy that software.

Committee Fatwa no: 18453
Sheikh Muhammad bin Salih Al-‘Uthaimeen

[Reference: http://islamqa.info/en/454, taken on 24 Oct 2014]

[3]
The ruling is quite clear – menggunakan software pirate adalah ditegah di dalam Islam. It amounts to stealing. Software ini adalah satu bentuk property atau harta benda, yang dipunyai oleh seseorang atau suatu syarikat.

Menurut pemahaman aku, pirated software bermaksud software yang tak dibeli dengan kaedah pembelian yang sah (iaitu syarat yang ditetapkan oleh pemilik intellectual property tu).

Jadi software pirate bermaksud:

  • Software yang dicetak atau dikeluarkan secara tak sah (illegal copying). Selalunya kita boleh tau daripada packaging yang nampak murah. Kalau pernah nampak yang jual kat tepi jalan, pasar malam, then you know what I mean. Dulu kat Plaza Low Yat juga banyak dijual, sekarang aku tak sure sebab dah lama tak pergi. But be aware, sekarang ni banyak juga pirated software yang dah canggih packaging dia nampak macam ori.
  • Software yang di’download’ daripada website yang tidak rasmi atau tiada kebenaran untuk mengedar atau menjualnya.
  • Software yang di’activate’ bukan dengan activation code yang sah tetapi me!alui cara lain seperti kaedah ‘crack’. Certain program komputer atau web site boleh digunakan untuk generate cracked code yang kemudiannya boleh digunakan untuk activate sesuatu software.

[4]
Ada orang yang mengatakan dibolehkan guna pirated software atas sebab keperluan kerana harganya yang terlalu tinggi. Contohnya pelajar (yang selalunya mempunyai kedudukan kewangan yang terhad) yang menggunakan software untuk kegunaan kerja akademik. Atau seorang yang bekerja dalam bidang graphic atau media design (yang ‘software’nya memang diketahui tinggi harganya). Benarkah pandangan ini?

Memang setiap hukum ada pengecualiannya. Dan pengecualian ini selalunya berkait dengan keadaan yang amat mendesak (darurat). Hukum ke atas seorang pencuri berlainan sekiranya dia melakukannya dalam keadaan terdesak (tiada makanan untuk hidup). Persoalannya, adakah kita tergolong dalam pengecualian ini?

Pada pandangan aku, kita belum terdesak sekiranya:

  • Kita mampu beli handphone yang harganya ribuan ringgit.
  • Kita mampu makan pada kadar selesa (pada aku kalau kita mampu sarapan roti canai atau minum teh tarik arau makan fast food ini sudah dikira kadar selesa).
  • Di rumah kita ada TV. Ya, jangan lupa bahawa TV adalah kehendak bukan keperluan, our WANTS not our NEEDS. Tak masuk akal jika kita sanggup berbelanja untuk sebuah TV yang hanya merupakan kehendak tetapi kita mencuri (guna pirated software) dengan alasan kita dalam keadaan ‘darurat’.
  • Dan beberapa keadaan lain yang boleh diumpamakan.

[5]
Seseorang pernah beritahu aku, dia bekerja dalam bidang media, dan ‘terpaksa’ menggunakan soiftware pirate sebab harga software yg tinggi. Katanya, dia punya perancangan utk membeli software ori apabila perniagaannya bertambah maju dan duitnya cukup untuk membeli original license.

Ini pandangan aku:

Sequence yang sebenar sepatutnya begini: Kita melakukan sesuatu yang halal – lalu Allah mengurniakan barakahNya – lalu harta kita dicukupi.

Pelik jika kita mulakan proses ini dengan melakukan sesuatu yang haram – lalu mengharapkan agar harta kita dicukupi – dan baru kita akan lakukannya dengan cara yang halal.

Lupakah kita bahawa kecukupan harta itu bergantung kepada barakah Allah yang hanya diberi kepada punca harta yang halal?

No wonder kita masih menunggu , bilalah harta kita akan cukup?

Dan lihatlah juga wajah-wajah mereka yang kita kasihi – ibu bapa, isteri, anak-anak (dan juga diri kita) – yang kita beri makan dengan hasil usaha ini.

[6]
Ya, memang harga sesetengah software itu agak mahal. Aku juga pernah bergelar seorang student, pernah merasai kesempitan hidup dan pernah merasa keinginan guna software tertentu.

Jika kita rasa harganya tinggi berbanding kemampuan kita, aku nak kongsikan beberapa idea berikut:

1. Guna software alternatif. Banyak freeware atau open source software yang functionality atau kebolehannya menyamai software yang kita nak guna. Google Docs atau Open Office boleh buat banyak benda yg MS Office boleh buat. Kalau setakat create dan format dokumen untuk assignment kolej atau universitti, senang-senang sahaja software ini buat. Hasilnya serupa dengan dokumen yg MS Office hasilkan.

Compatibility pun selalunya tak ada problem (melainkan dokumen asal is heavily formatted tapi kita jarang jumpa keperluan ni).

Banyak tahun aku guna Inkscape dan GIMP (kedua-duanya freeware) untuk keperluan graphics design sebelum aku mampu beli Adobe Photoshop dan Illustrator. Aku boleh katakan macam-macam sebenarnya yg freeware ni boleh buat (nak tak nak aje kita belajar dan try). Aku guna CutePDF sebelum aku mampu beli Adobe Acrobat.

2. Ambil kesempatan beli software secara bundle dengan komputer kita. Kebanyakan pengeluar komputer (seperti Dell, HP) akan beri harga software ni pada harga yang lebih murah berbanding dengan market, bila kita beli sistem komputer diorang. Sebab diorang ni ada special licensing agreement dengan pengeluar software (dipanggil OEM licensing) bila dioirang supply software secara bundle atau pre-installed, berbanding dengan harga software yg dijual sebagai standalone license.

So next time, bila beli laptop tu, suruh pengeluar tu bundle sekali dengan Windows dan MS Office. Memang bayar lebih sedikit tapi jauh lagi rendah kalau beli software asing.

Oh ya, bila beli hardware tau pulak nak beli secara legal dan tak curi!😉

3. Software yang berlainan daripada pengeluar yang sama, sesetengahnya boleh dapat dengan harga lebih murah kalau dibeli secara bundle. Kalau korang memang nak guna graphics software contohnya, make sure kumpul duit utk beli Adobe Graphics Suite rather than separately beli Photoshop, Illustrator etc. Atau kalau korang mmg dah terlalu banyak duit pun baik korang sedekah kat Palestin.

4. Untuk korang yang tengah belajar, ambil kesempatan dengan Academic License. Students layak untuk beli software pada harga yang lebih rendah (exactly same software and same functionality) dengan menggunakan Academic License. Selalunya penjual nak tengok bukti kita ni student macam student card atau kad matriks. Banyak software ada license seperti ni.

Juga, sesetengah software harganya lebih rendah kalau kita download installation files daripada web site dia, rather than beli dalam media CD atau DVD. Make sure korang explore options ni kalau ada.

5. Aku tau kebanyakan kita ni jenis yg sentiasa nak yg the latest and the best. Tak lama dulu bila keluar je Galaxy S2 korang nak. Lepas tu keluar S3 nak yang tu pulak, sampai la seterusnya. Walhal features tak banyak beza pun, yang asal tu dah memadai untuk kegunaan kita (unless phone masuk air bila pergi mukhayyam kat sungai, itu lainlah).

Dengan software, tak payah buat mcm tu. Memang pengeluar software ni kerja diorang akan sentiasa buat research dan keluarkan produk yang lebih baru sebagai next release atau version. Tapi kita kena tanya diri kita: Aku benar-benar perlu ke extra features yang ada dalam next version ni? Atau kita terikut-ikut orang lain yang sentiasa nak yang latest and the best?

Dulu, bertahun-tahun aku guna MS Office XP (2003) walaupun lepas tu keluar Office 2007 dan 2010, aku tak kisah nak upgrade. Sebab it could still do what I needed it to do. Adobe Acrobat aku guna version 9, aku tak nampak berbaloi nak upgrade kepada Version 10 atau 11 sedangkan aku punya dah boleh buat apa yang aku nak dia buat – convert my documents to PDF. Windows, buat masa ni cukuplah dgn Windows 7, tak perlu Windows 8 semata-mata orang lain pun upgrade.

Of course, there might be times that you need the upgrade, mungkin ada features that you really need, then by all means upgrade. If you can afford it, of course. Dan bila upgrade make sure beli upgrade punya license, jangan pulak beli standalone punya version. Contohnya kalau kita beli upgrade license utk Adobe Acrobat (from Version 9 to Version 11) harganya S$200 berbanding beli Version XI standalone yang harganya lebih S$400.

Ni la sedikit tips praktikal yang aku boleh share untuk kurangkan strain pada budget kita, kalau kita betul-betul nakkan software tu.

Sedikit CD software (ori) dalam koleksi aku

Sedikit CD software (ori) dalam koleksi aku

[7]
Kita sebagai muslim ambil berat tentang kesejahteraan harta kita dan hak orang lain, kan? Even to non-muslims also, that is why in other countries such as the UK, using pirated software is frowned upon.

Harapnya ada manfaat utk yang membacanya. Maaf ya kalau bahasa terlalu direct dalam catatan ini.

No, I am not paid at all by any software manufacturer. Nor I endorse any specific software for your purchase.

Ini adalah catatan yang dibuat oleh seorang yang pernah ‘ikat perut’ sebagai seorang student U yang nak beli WordPerfect Suite (masa tu software ini adalah alternative to Microsoft Office, yang harganya lebih mahal). Dan seorang eksekutif muda yang pernah naik motor kapcai (masa tu belum mampu beli kereta) berpuluh-puluh km jauhnya sebab nak dapatkan software original Macromedia Dreamweaver sebab nak manage websites. Jadi aku tahu kesukarannya.

Moga dipermudahkan untukmu.

ukashah

One thought on “Penggunaan Software Pirate?

  1. Mohd Fauzi

    Salam Ustaz Azhar Idrus cakap lau hiburan takpe…Saya pon dah lama gunakan freeware gimp dan inkscape…terpaksa pasang operating system linux ..bile buat kerja-kerja design..lepas dah lame tinggal design barulah saya pasang pirates windows sekadar main game je..sekarang tengah pening sebab nak mula balik dengan design..kebanyakan freeware yang saya guna tak berapa paham tentang code warna cmyk dan rgb,.customer pulak kebanyakannya mengunakan File AI ..Semua tu tak akan jadi masalah jika majikan menngunakan original software..kalau sebaliknya?..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s